Assalamualaikum .. salam perjuangan
Dalam kehidupan kita kat atas dunia nie , memang ada segolongan manusia yang jiwanya tak pernah puas dan tak pernah rasa nak puas bak kata orang .. makhluk nie besar temolok dan nafsunya.. kuat nafsunya seolah-olah macam singa yang kelaparan .. tak kiralah kat mana pun dalam jamaah luar jamaah sama saja. Dek kerana kurang merapatkan diri dengan majlis ilmu dan sibuk dengan kegiatan luar, kelompok ini banyak sekali membuat onar dan permasalahan dalam jamaah.
realiti yang boleh kita ambil sebagai contoh ialah golongan yang menjadikan jamaah sebagai satu platform untuk mengaut keuntungan. Mana-mana jamaah pun sama ade parasit yang jenis macamnie .. baik dalam politik luar politik sama saja, yang penting bagi mereka , mereka dapat kaut keuntungan atau syer dalam apa -apa jua aktiviti atau program yang dijalankan.
ade pulak yang suka nak mengadu domba dengan orang lain yang diberikan amanah dan tanggungjawab dalam jamaah .. baik jamaah islam atau pun bukan. Sewajarnyalah, dan elok jugalah dialihkan keluar daripada jamaah kerana ianya bakal merosakkan reputasi jamaah dan merosakkan nama baik.
jika pada masa sekarang, kalau dalam politik kita boleh kata yang nak bebas dan non partisan seolah-olah mereka ini tiada pendirian dan hanya berdiam diri bila disuakan dengan perbagai persoalan. Ade pula jenis yang lain .. suka sangat nak cari gaduh dengan semua orang. puncanya bila segala yang diperkatakan dan dihasratkan tak tercapai. Masalah betul bila ade golongan atau blok yang macam nie .. bukan nak seimbang dan pulihkan keadaan tapi sebaliknya merosakkan mata dan pandangan terhadap sesebuah organisasi atau badan atau jamaah. sewajarnya mereka ini mengambil langkah melenyapkan diri mereka daripada jejak mereka diikut oleh orang lain. Bak kata seorang sahabat, kalau dah jumpa orang gila jangan kita marah dia sebab dia gila sebab ianya akan menunjukkan yang kita juga gila .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan