Assalamualaikum .. salam perjuangan
beberapa hari lepas timbul isu perkahwinan dengan budak bawah umo. ntah lah nak komen pun tak tau nak kata cammana pendek kata yang boleh saya katakan kebanyakan perkahwinan yang dilangsungkan bukan atas dasar syariat tetapi atas dasar nafsu yang membuak-buak. Mana tak nya tergamak kawin ngan budak yang pangkat anak kononnya nak ikut sunnah Rasulullah dan atas alasan nak mendidik. Nabi SAW pernah sarankan ke untuk nikah budak bawah umor nie ??
kadang kita nie terlalu exited sangat nak ikut apa yang nabi buat sedangkan kita tak faham apa yang nabi buat. Kita main ikut saja .. ikut membuta tuli tanpa fikir benda tu boleh atau tidak. sewajarnya kita check dulu sebelum buat dan pastikan adakah ia sunnah yang diboleh kan atau khususiat untuk nabi sahaja.
Contoh yang kita boleh ambil, Nabi SAW bernikah dan berkahwin dengan 9 orang wanita kerana itu khususiat untuk Nabi dan bukan untuk diamalkan oleh kita . Sedangkan dalam Alquran sendiri dah disebutkan kita hanya diizinkan oleh Allah untuk berlaku adil dengan anak yatim khususnya dengan mengahwini mereka dua atau tiga atau empat dan jika kita kitak mampu untuk berlaku adil (menunaikan tanggungjawab kita kepada semua) cukuplah hanya seorang sahaja.
Nampak sangat pelahap dan halobanya manusia mengikut telunjuk "musuh". Kalau kata nak ikut sunnah, kenapa syariat tak nak ditegakkan ? Kenapa peraturan Allah dan Hukum Allah tak dilaksanakan, masih lagi berpegang dengan aqidah sekular tinggalan penjajah. Sedangkan kita tahu Nabi pesan dah pada kita " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana sekiranya kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat buat selamanya iaitu AlQuran dan Sunnahku". Pakai ikut sunnah tapi sokong sekular kan sama macam sekular juga.
kita tak usah nak berlakon depan Allah sedangkan dalam hati kita kotor dengan mazmumah, kita tak perlu berlindung disebalik jubah-jubah dan serban tebal kita. Kalau nak dibandingkan serban yang kita pakai dengan serban abu jahal dan abu lahab serban mereka lagi besar dari kita. Tapi kalau kita nak banding iman kita dengan iman para sahabat Rasulullah terutamanya Saidina Abu Bakar, kita jauh tertinggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan