assalamualaikum.. salam perjuangan
Hari ini heboh diperkatakan mengenai fadilat dan ramai sangat yang beramal sebab nak dapatkan fadhilat amal tapi kadang-kadang ada juga yang beramal setakat ikut-ikutan atau taqlid buta. mana taknya bila tanya adakah amalan ini berdasarkan dari alquran dan assunnah, ada yang mengatakan yang amalan tersebut nabi tak pernah buat tapi saja nak kejar fadilat kononnya.
kadang inilah masalah utama masyarakat bila beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana ikut-ikutan dan suka sukaan sahaja. sedangkan apa yang dibawa dan disarankan oleh Nabi SAW berlandaskan pada AlQuran sudah cukup jelas membawa manusia kearah jalan yang benar. pokok pangkalnya pada kita.
sepertimana sabda rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh saidina Umar " setiap amalan itu bergantung kepada niat". Maka dengan yang demikian jika kita beramal untuk dapat redha Allah kita akan dapat apa yang kita niatkan tetapi kalau kita niat takat nak suka-suka atau amalan tradisi nenek moyang yang tak tahu ujung pangkalnya maka kita akan dapat apa yang kita niatkan dan kita hasratkan. Dari itu Jangan hanya kejar fadhilat dengan ketepi syariat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan