Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 16 Februari 2010

Cuti Tahun Baru Cina : Siapa yang raya sebenarnya ??

assalamualaikum .. salam perjuangan

lama juga tak mengomen dan berblog nie sejak dah berpindah ke sebuah sekolah yang lom ade apa -apa kemudahan komunikasi yang canggih manggih. Alhamdulillah lega sebab dapat tempat ngaja yang tetap .. kawan-kawan yang friendly dan happening.

Tup tup .. dapat pulak cuti sempena tahun baru cina. bukan nak komen pasal raya cina nie tetapi sikap sesetengah orang kita yang terlalu excited sangat pasal raya. Yang lebih aku rasa terkezud bila cikgu-cikgu cina sendiri tanya " Ustad , apa pasal orang bukan cina lagi excited nak sambut raya cina daripada orang cina sendiri ?" " kadang -kadang kami tak delah nak busy sangat walaupun dah memang busy "

Betul juga apa yang cikgu cina tu kata. siapa sebenarnya yang merayakan tahun baru cina ?? Bangsa cina atau bangsa bukan cina ? yang tak malunya boleh dikatakan semua perayaan agama kat malaysia nie orang yang bukan beragama tersebut pun raya juga .. alasannya 1 Malaysia

tapi pernah tak kita fikirkan mengenai sangkut pautnya dengan aqidah ?? terutama orang islam . bukan nak timbulkan semangat perkauman tapi kadang kadang apa yang kita buat tu kita tak pernah plak terfikir pasal baik dan buruknya dari segi fahaman dan pegangan kita.

yang lebih terperanjat lagi bila ada dikalangan orang islam sendiri yang mengatakan agamanya agama islam hadhari dan agamanya agama 1 Malaysia. berdesing juga telinga bila dengar macam tu. Kot yer pun nak hormat agama lain pun janganlah sampai agama sendiri digadai dan dihina serta dipermainkan

Tiada ulasan: