Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 30 Januari 2010

Hukum sambut maulid

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

Dari Serkam ke Tanah Adat : Gelagat Pelajar SemEsra

 
nyenyaknya tido.. aircond masjid nie kuat sangat .. heee


 
prep section .. at canteen 


 
Interview Calon Pengawas Percubaan .. hemmm 

 
tekun bersatu berjaya dan terbilang .. err.. tak hafal lah cikgu .. 


Selayang Pandang : Bulan Maulid

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Dari Serkam ke Tanah Adat : Rehat Sebentar

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Rabb sekalian alam, selawat dan salam buat rasul junjungan seterusnya buat para sahabat dan para pendokong perjuangan menegak kebenaran. Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi berpeluang untuk melakarkan beberapa cebisan kenangan yang kuperoleh hampir sebulan berada di bumi bertuah tanah adat, Rembau Negeri Sembilan.

situasi yang cukup berbeza dengan tempat-tempat lain yang pernah kulawati. suasana kerja yang sentiasa harmoni dan ceria membuatkan guru dan pelajar saling tak tumpah semacam sebuah keluarga besar yang akrab. Daripada Dato' Pengetua yang berpandangan jauh hinggalah kepada pelajar yang paling taat pada perintah, membuatkan kurasa satu keseronokan dan ketenangan dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.

pengalaman di bumi Semesra ini, suasananya berbeza dengan sekolah-sekolah yang pernah ku ajar sebelum ini.Pelajar yang bersemangat walaupun banyak lagi kemudahan yang belum ada.Jika sebelum ini hati ku lebih banyak berdebar dengan tugasan yang banyak tapi alhamdulillah bak kata orang alah bisa tegal biasa, Kalau dulu biasa balik sekolah mesti balik jam 3.30 petang tapi sekarang , tak balik rumah pun tak apa. Moga-Moga aku akan terus thabat dengan perjuangan yang kupilih ini. Ya Allah kekalkanlah aku dalam rahmat dan perlindungan MU

Sabtu, 16 Januari 2010

Dari Melaka ke Tanah Adat : Destinasi Baru Pengalaman Baru

assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua rakan-rakan


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana dengan IzinNya dapat aku mencoretkan catatan sepanjang 2 minggu aku berada di bumi SeMesRa (Sekolah Menengah Sains Rembau). Alhamdulillah aku telah memulakan tugas setelah melaporkan diri di sekolah berkenaan pada jam 8.15 pagi pada 28 Disember 2009 di Pejabat Sekolah. Kusangkakan sekolahnya biasa-biasa sahaja rupanya tanggapan ku silap bila aku diberitakan yang aku kini berada disekolah menengah berasrama penuh.


Seperti biasa awal-awal tahun nie banyak lah kerja yang nak kena selesai dan settle sebelum mula pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Alhamdulillah keberadaanku kini semakin diterima oleh warga SEMesRa yang ramah dan mesra walaupun mereka lebih tua dan ade juga yang lebih muda usianya dariku. Ala kulli hal segalanya bukan lah menjadi penghalang untukku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik yang berjaya. Insya Allah selepas dari ini akan ku teruskan coretan pada episod yang lain berkenaan cabaran dan dugaan yang kuhadapi di SEmEsRa.Salam Hormat