Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 25 November 2009

Marah betul lah ..

kenapa kita cepat nak rasa marah ??

assalamualaikum .. salam perjuangan

saja timbulkan persoalan untuk semua. sebabnya saya sendiri pun semasa menulis artikel ini pun sedang dalam perasaan marah dan tak puas hati. salah satu daripada sebab marah ialah kerana tak berpuas hati dengan apa yang berlaku didepan mata. bukan kata orang dewasa saja yang reti marah malahan kanak-kanak dan juga bayi yang baru lahir pun reti marah disebabkan marah ini adalah salah satu daripada sifat naluri manusia. melalui kemarahan, seseorang itu akan dapat meluahkan perasaan yang telah lama terbuku didalam hati.

Ada yang marah dengan sebab perselisihan pendapat, ada pula yang marah sebab tak puas hati dengan apa yang berlaku. Segalanya berpunca daripada diri kita sendiri dan kesilapan yang kita lakukan yang membuatkan kita memarahi diri sendiri atau pun memarahi dan menyalahkan orang lain. Tiada sebab orang lain yang buat silap orang lain yang kena marah. Nabi sendiri pun pernah memarahi sahabat baginda disebabkan kesilapan dan kekhilafan yang berlaku. Terkadang sebab marah ialah rasa tak senang dan tak puas hati dengan apa yang dilaksanakan contohnya pergerakan dan gerak kerja yang lambat dan lembab.

tapi yang saya cukup tak berpuas hati bila tengok kontraktor melayu buat kerja. hmm .. beza ngan bangsa lain buat kerja. Cammana tak marah kat bangsa sendiri kalau tengok gaya kerja pun tak semenggah. Bayar nak mahal tapi kerja cincai boncai seolah-olah tak de sistem.Ingatkan boleh bantu bangsa sendiri rupanya ditipu bangsa sendiri.Cammana nak kata lagi ?? kalau korang yang kena .. cammana nak selesaikan ??

Selasa, 24 November 2009

Dari Salak Tinggi Ke Bukit Baru : Pengalaman Baru

assalamualaikum .. salam perjuangan


Hampir 3 minggu, aku tak bersiaran langsung dengan teman-teman dan hampir 3 minggu juga laman ini hanya beroperasi macam tak ade apa apa yang berlaku. Tapi ala kulli halnya Alhamdulillah, assirkami masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk aktif kembali dialam maya ini.


selama tiga minggu pelbagai ragam dan peristiwa yang berlaku dan kalau nak diulaskan satu persatu semuanya akan berbalik pada yang satu iaitu hati. kalau hati kita bersih dan tenang insya Allah segala gerak kerja akan menjadi senang tetapi kalau hati kita kotor dan penuh dengan segala sifat-sifat mazmumah sememangnya kita akan mudah rasa tak puas hati, dengki mendengki,meluat dan sebagainya. mulalah buat cerita yang bukan bukan dan merapu seumpama cerita raja lawak yang kekadang kurang memberikan manfaat pada semua.


kalau kita tengok senario yang berlaku dalam tanahair kita dan kita buka skop pemikiran kita melepasi sempadan geografi dan batasan politik dan perkauman, kita akan dapati segala yang berlaku adalah disebabkan hati pemimpin yang sedia ada tak bersih sebersih bersihnya. Mana taknya bila nafsu menguasai diri pelbagai propaganda dan juga fitnah dilemparkan bagi memuaskan hati dan nafsu serakah yang tak pernah puas.


Pernah tak kita fikirkan apa balasan yang akan kita terima kat akhirat nanti dengan segala yang kita lemparkan baik tuduhan dan juga perkara yang kadang-kadang diada-adakan dengan tujuan nak tarik publisiti murahan. Bukan nak kata pemimpin atasan saja yang duk bawah pun sama juga peelnya.kebanyakan yang berlaku berkemungkinan juga mempengaruhi masyarakat yang sedia ada. Akibatnya masyarakat jadi seolah-olah tak mumayyiz semula dek kerana terpengaruh dengan media massa yang korup dan berat sebelah.


Oleh yang demikian, sewajarnya kita sama-sama didik diri kita khususnya hati kita supaya hati kita ini selalu mendapat hidayah Allah dan juga terhindar daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan hati serta perasaan orang lain. Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis baginda yang bermaksud " sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ade seketul daging, maka jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan dan jika buruk dan busuk daging itu maka buruklah seluruh anggota badan, itulah hati"

Ahad, 1 November 2009

@ Universiti Malaya : Majlis Penganugerahan Manik Kayu KLKM UM

Assalamualaikum .. salam perjuangan.

Hari ini saya akan ke Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Manik Kayu bagi Kumpulan Latihan Kelana Siswa Universiti Malaya. Majlis yang julung kali diadakan bagi meraikan guru-guru pelatih Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang telah berjaya menamatkan kursus kepimpinan pemimpin pengakap.

Majlis yang disertai seramai 28 orang guru pelatih Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini adalah majlis yang kedua diadakan bagi kumpulan yang kedua selepas diadakan pada tahun 2008. Majlis dijangka dirasmikan oleh Timbalan Dekan bahagian Ijazah Tinggi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr.Wan Hasmah binti Wan Mamat.