Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 24 November 2009

Dari Salak Tinggi Ke Bukit Baru : Pengalaman Baru

assalamualaikum .. salam perjuangan


Hampir 3 minggu, aku tak bersiaran langsung dengan teman-teman dan hampir 3 minggu juga laman ini hanya beroperasi macam tak ade apa apa yang berlaku. Tapi ala kulli halnya Alhamdulillah, assirkami masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk aktif kembali dialam maya ini.


selama tiga minggu pelbagai ragam dan peristiwa yang berlaku dan kalau nak diulaskan satu persatu semuanya akan berbalik pada yang satu iaitu hati. kalau hati kita bersih dan tenang insya Allah segala gerak kerja akan menjadi senang tetapi kalau hati kita kotor dan penuh dengan segala sifat-sifat mazmumah sememangnya kita akan mudah rasa tak puas hati, dengki mendengki,meluat dan sebagainya. mulalah buat cerita yang bukan bukan dan merapu seumpama cerita raja lawak yang kekadang kurang memberikan manfaat pada semua.


kalau kita tengok senario yang berlaku dalam tanahair kita dan kita buka skop pemikiran kita melepasi sempadan geografi dan batasan politik dan perkauman, kita akan dapati segala yang berlaku adalah disebabkan hati pemimpin yang sedia ada tak bersih sebersih bersihnya. Mana taknya bila nafsu menguasai diri pelbagai propaganda dan juga fitnah dilemparkan bagi memuaskan hati dan nafsu serakah yang tak pernah puas.


Pernah tak kita fikirkan apa balasan yang akan kita terima kat akhirat nanti dengan segala yang kita lemparkan baik tuduhan dan juga perkara yang kadang-kadang diada-adakan dengan tujuan nak tarik publisiti murahan. Bukan nak kata pemimpin atasan saja yang duk bawah pun sama juga peelnya.kebanyakan yang berlaku berkemungkinan juga mempengaruhi masyarakat yang sedia ada. Akibatnya masyarakat jadi seolah-olah tak mumayyiz semula dek kerana terpengaruh dengan media massa yang korup dan berat sebelah.


Oleh yang demikian, sewajarnya kita sama-sama didik diri kita khususnya hati kita supaya hati kita ini selalu mendapat hidayah Allah dan juga terhindar daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan hati serta perasaan orang lain. Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis baginda yang bermaksud " sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ade seketul daging, maka jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan dan jika buruk dan busuk daging itu maka buruklah seluruh anggota badan, itulah hati"

Tiada ulasan: