Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 6 Mei 2009

Minggu Palestin -Malaysiakini

WALAUPUN tentera zionis sudah lama berundur daripada bermaharajalela membunuh penduduk Palestin, kekejaman mereka masih meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat dunia.Setiap hari, rakyat Palestin terus ditindas dalam pelbagai cara tanpa mampu melawan kerana tiada kemudahan senjata moden dan sumber kewangan.


Justeru, bagi meneruskan perjuangan rakyat Palestin dan sebagai tanda sokongan kepada mereka, BUKM dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) menganjurkan Minggu Palestin.Program yang turut mendapat kerjasama Aman Palestin Berhad itu diadakan dari 5 hingga 8 Mei ini di ruang legar Medan Mara, Kuala Lumpur.

Pelbagai program diatur bagi memeriahkan majlis itu termasuk pameran dan tayangan video mengenai sejarah serta perjuangan rakyat Palestin.Selain itu, orang ramai boleh mendaftarkan anak mereka untuk pertandingan mewarna di ruang legar Medan Mara.

Pertandingan mendeklamasikan sajak bertema Palestin bertujuan memberi kesedaran dan impak betapa bangsa zionis perlu ditentang dan dikutuk habis-habisan.Sikap tidak berperikemanusian mereka membunuh penduduk Palestin tidak boleh dibiarkan begitu saja dan inilah masanya warga Malaysia melaungkan sokongan kepada Palestin.

Bagi membincangkan mengenai Sejarah dan Perjuangan Rakyat Palestin, program pemantapan profesionalisme Mara akan diadakan di Anjung Korporat, tingkat 24, ibu pejabat Mara, Kuala Lumpur.Sementara itu, bagi memeriahkan program itu, penganjur menjemput penyanyi nasyid, Muadz mengadakan persembahan selain persembahan pelajar tadika Mara.

Orang ramai berpeluang memberi sumbangan melalui tabung kutipan bagi membantu penduduk Palestin membangunkan semula negara mereka.Maklumat lanjut mengenai Minggu Palestin anjuran BUKM dan Mara, hubungi Nurazim di talian 012-2765020 dan Abd Radzuan Zulkifli (019-6020665).

Tiada ulasan: