Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 6 Mei 2009

Anak Dara Perlu Jaga Diri -Malaysiakini

Mufti Arab Saudi menasihati anak dara di negara itu supaya terus mempertahankan kesucian diri sejajar dengan ajaran Islam ketika mereka menghadapi cabaran besar meningkatnya desakan mengenai kehidupan secara liberal supaya mengikut gaya hidup wanita Barat.

Arab Saudi yang juga pengeluar minyak terbesar dunia adalah negara Islam dengan 25 juta penduduk. Pada masa ini, ia berhadapan dengan tekanan golongan aktivis agama dan pejuang perubahan yang menggesa pembaharuan dilaksanakan atas alasan menjamin masa depan lebih baik.

“Mereka mahu gadis membuka tudung, bebas bergerak dan mengembara sendiri, menjalin hubungan dengan sesiapa saja yang mereka suka dan meminta mereka memulakan persahabatan dengan sesiapa saja yang diingini,” kata Imam Besar Sheikh Abdul Aziz Al al-Sheikh.

Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah disifatkan sebagai seorang tokoh yang menyokong pembaharuan tetapi melaksanakannya secara berhati-hati.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA, mufti itu juga berkata, sistem pendidikan memerlukan guru yang ada mempunyai nilai moral konservatif dalam jiwa mereka.

“Mereka yang mengajar di universiti perlu menggalakkan pelajar supaya menekankan akhlak murni dan menjauhi maksiat,” katanya. Arab Saudi mempunyai pasukan polis agama khas dipanggil Suruhanjaya Menggalakkan Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran yang menguatkuasakan prinsip muhrim dan bukan muhrim.Mufti itu memberi amaran bahawa penggunaan telefon bimbit dan sistem pesanan ringkas (SMS) mampu menjejaskan kod moral yang cuba dipertahankan.


“Kepada gadis Islam, ramai pihak cuba menggoda dengan menggunakan telefon serta dan berharap mereka akan jadi mangsa, terlalu ramai wanita yang sudah terpedaya,” kata Sheikh Abdul Aziz.

Tiada ulasan: