Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 2 Mei 2009

Cukupkah hanya dengan slogan ??-Malaysiakini

assalamualaikum ... salam perjuangan

alhamdulillah saya telah selamat sampai di kampung jam 6.00 petang tadi setelah mengambil masa 3 jam perjalanan dari beranang ke melaka. selepas solat isyak saya, mengambil kesempatan untuk mendengar ceramah yang diadakan di sebuah surau yang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Ceramah tersebut telah dianjurkan oleh salah sebuah daripada gerakan islam yang utama dimalaysia.

dalam ceramah tersebut, penceramah telah mengkritik cara pemerintahan pemimpin-pemimpin pada masa kini yang suka sangat menayangkan pelbagai slogan dan cogan kata kempen yang kononnya boleh menarik perhatian orang. malahan apa yang diperkatakan seolah-olah bermain-main difikiran saya dan ada kebenarannya.

apa yang dinyatakan oleh penceramah tersebut benar-benar berlaku dek kerana angkara nafsu dan manteliti pemikiran manusia yang dikuasai oleh maddiyah yang mendorong manusia untuk melakukan apa sahaja dengan mengenepikan agama yang menjadi teras dalam kehidupan manusia.

sebagai contoh penceramah jelas mengkritik pandangan salah seorang tokoh politik yang dulunya dikatakan menyokong perlaksanaan islam tamadun di malaysia, akan tetapi seolah-olah kini menentang perlaksanaannya bahkan slogannya hanyalah tinggal slogan.

pada pandangan sayadan pemerhatian saya, jelas sekali pemimpin yang sebegini adalah pemimpin yang tiada matlamat yang jelas dalam memimpin. pelbagai slogan dan rangka kerja dan seminar yang dijalankan tetapi dari segi perlaksanaannya langsung tidak memberikan kesan apa-apa para penduduk tempatan. apakah ertinya jika kita hanya pandai melaungkan pelbagai cadangan tapi tiada perlaksanaan ?? fikir-fikirkan

Tiada ulasan: