Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 24 Februari 2009

Drama sebagai kaedah PnP

Dalam proses pengajaran dan pem­belajaran pelbagai kaedah di­guna­kan untuk memudahkan pemahaman serta menarik perhatian pelajar. Sebagai contoh media pengajaran yang dulunya dikenali sebagai alat bantu mengajar seperti carta, gambar foto, transparensi, persembahan mul­ti­media dan sebagainya digunakan dalam pengajaran. Ia berfungsi se­bagai saluran penyampaian mak­lumat pembelajaran

Dalam hal ini drama juga boleh digunakan sebagai salah satu kaedah dalam proses penyampaian maklumat. Sukalah diingatkan bahawa kaedah drama ini tidaklah seharusnya terhad pada pembelajaran sastera sahaja tetapi boleh digunakan dalam semua mata pelajaran. Dalam mata pelajaran sejarah contohnya terdapat pelbagai topik yang mengesahkan tokoh-tokoh perjuangan tanah air atau peristiwa yang berkaitan tentang kemunculan sesebuah wilayah atau kerajaan, perhubungan diplomatik antara kerajaan ataupun perihal corak pemerintahan sesebuah negeri.

Jika topik-topik pembelajaran seumpama ini hanya berlaku secara bacaan, penerangan atau catatan sahaja, pelajar mungkin cepat merasa bosan. Sebaliknya jika ianya dila­konkan dengan olahan skrip yang sesuai, makan proses pembelajaran akan berlaku dengan lebih responsif.Kita sering menonton persem­bahan seperti tablo, pentomin dan sebagai­nya yang menggabungkan aspek per­gerakan kreatif serta adunan penataan cahaya dan bunyi yang menarik bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Penderitaan masyarakat palestin di bumi Gaza contohnya atau penindasan yang berlaku di Bosnia juga gerakan memerangai dadah, salah laku pelajar dan sebagainya telah menggunakan kaedah persembahan drama untuk memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa penonton.

Di Malaysia drama sudah wujud sejak zaman dahulu lagi dengan berbagai nama seperti bangsawan dan opera hinggalah ke istilah teater dan drama. Di sekolah pula pada satu ketika dahulu unsur persembahan drama ini seringkali diadakan ber­sempena dengan hari ucapan atau hari ibubapa. Kemudian ianya diper­kembangkan melalui kelab drama yang bergiat untuk menyertai per­tandingan drama yang dianjuran oleh pihak sekolah maupun pihak luar sebagai aktiviti kokurikulum.

Manakala dalam bidang akademik pula drama dijadikan bidang kajian bermula dengan meletakkan drama sebagai salah satu komponen dalam pelajaran sastra (KOMSAS) hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Dengan itu lahirlah para cendekiawan yang terlibat secara langsung dalam bidang drama sama ada menjadi pentadbir, pengurus, pelokan, penulis atau pereka bentuk yang profesional.

Matlamatnya membangunkan modal insan melalui permuafakatan semua pihak, kemahuan politik, ikon personaliti dan masyarakat.Impian utama YaHIM dalam penganjuran program ini adalah untuk mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu para pelajar sekolah, di samping meluaskan pendedahan konsep Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat menggalakkan penyertaan para pelajar sekolah dalam kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan prinsip pembelajaran terkini

Tiada ulasan: