Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 28 Januari 2009

ATM hantar bantuan perubatan -Malaysiakini

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghantar 30 anggota yang terdiri daripada doktor dan pegawai perubatan ke Gaza, Palestin dalam misi bantuan perubatan. Panglima ATM, Tan Sri Abdul Aziz Zainal, berkata kumpulan perubatan itu akan digerakkan bersama-sama kumpulan bantuan yang lain dalam masa terdekat. "Kumpulan ini sudah bersiap sedia untuk bertolak cuma menunggu arahan daripada kerajaan. Ini adalah inisiatif kita untuk bersama-sama agensi yang lain dalam menghulurkan bantuan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya kumpulan perubatan itu akan diletakkan di sana selama tiga hingga empat bulan dan akan digantikan dengan pasukan baru jika diperlukan. Abdul Aziz berkata selain itu ATM juga akan membawa sebuah 'hospital bergerak' iaitu hospital level kedua yang dapat digunakan untuk melakukan pembedahan seperti sebuah hospital kekal di samping memberikan rawatan ringan kepada pesakit. Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memasuki Gaza dan sedang berusaha mencari lokasi yang strategik untuk menempatkan pasukan perubatan di sana bersama-sama kumpulan bantuan lain. -
sourse : Bernama
ulasan assirkami : Tahniah kepada ATM Malaysia yang akan menghantar bantuan perubatan ke Gaza tak berapa lama lagi. Bantuan Ketenteraan pula bila nak dihantar?? bila lagi anggota kita nak berhadapan dengan peperangan yang sebenar ??dan bila ilmu ketenteraan yang dimiliki nak diaplikasikan dalam situasi sebenar ?? Selamat Berjuang buat para mujahid Malaysia

Tiada ulasan: