Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 27 Januari 2009

40 KESILAPAN IBU BAPA -Malaysiakini

Berikut adalah beberapa kesilapan yang seringkali dibuat oleh sesetengah ibubapa yang kurang didikan agama. Fakta ini adalah rungkaian yang dibuat daripada kajian Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.Antara kesilapan tersebut seperti berikut:

Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
Kurang melahirkan kasih sayang
Sering mengeluh di hadapan anak-anak
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
Tidak menggunakan bahasa yang betul
Suka bertengkar di hadapan anak-anak
Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
Tidak tegas mendidik anak-anak
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

2 ulasan:

saji berkata...

41. ketika bersetubuh telanjang bogel sedangkan ia satu ibadah

Ibnu Mohyeddin berkata...

hmm kalau ada nak tambah sebagai peringatan sila tambah