Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 29 Disember 2008

Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Naik Tahta Kerajaan Negeri Sembilan-Malaysiakini

Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Ulasan :
Salam Sembah Takzim dan buat Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 daripada Pacal Putera Melaka,Assirkami.Daulat Tuanku..Daulat Tuanku..Daulat Tuanku

Tiada ulasan: