Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 29 Disember 2008

Akhirnya Tok Mun Menyerah kalah -Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan

erk .. Alhamdulillah .. baru sudah minum air kosong. Jam 8.00 malam tadi sempat jugak saya menonton berita Buletin Utama di TV3 yang memaparkan bagaimana salah saorang calon bebas yang sebelum ini bersungguh-sungguh untuk masuk bertanding dalam pilihanraya umum mahupun yang terbaru pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu.

ini kerana tok mun atau nama sebenarnya maimun yusof berasa kecewa dan terkilan dengan sikap pencadang dan penyokong beliau yang mengambil kesempatan menjual nama beliau. saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah diatas penarikan diri daripada bertanding oleh Tok Mun. Kata tok mun lagi dalam laporan Buletin Utama, semenjak beliau menyatakan hasrat untuk bertanding pilihanraya kecil kuala terengganu serta melancarkan blognya dengan tujuan untuk mengumpulkan dana untuk beliau, beliau tidak pernah menerima apa-apa habuan dan imbuhan daripada kutipan dana tersebut. Malah beliau turut menyatakan beliau sudahpun membuat laporan polis keatas orang yang disyakki.

pada pandangan saya, cara yang dibuat oleh tokmun adalah baik dan sepatutnya beliau menarik diri daripada bertanding. Bukan nak memperkecilkan kelebihan yang dimiliki tapi berilah peluang pada orang muda pula untuk memimpin.Tok dah tua rehat sahajalah tak perlu nak susah payah nak masuk bertanding. Andai kata tok pergi dijemput Allah ke rahmatullah nanti masa tok memegang jawatan sebagai MP Kuala Terengganu dah kena buat PRK lagi. So Lupakan saja lah hal ini.

Tiada ulasan: