assalamualaikum ... salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang sedang sibuk untuk membuat persiapan bagi pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu.tak lupa juga buat para petugas yang bertugas membantu dan yang akan membantu gerak kerja untuk pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu.
dengau kabau PRK kali ini bakal menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara BN, PAS, AKIM dan dua calon bebas.Calon BN telah pun diketahui oleh umum iaitu Senator Datuk Wan Farid manakala lawannya dari PAS belum lagi diketahui lagi disebabkan ada beberapa faktor yang sedang diperhalusi lagi.
Kebanyakan penganalisis dan para blogger mengandaikan dan mencadangkan calon lama iaitu abang mat dipertaruhkan untuk merebut kerusi parlimen Kuala Terngganu ini disebabkan beberapa keistimewaan yang terdapat pada diri beliau. Namun ianya ditolak mentah-mentah oleh pimpinan pas terengganu kerana mereka tertekan dengan isu calon luar. Sebaliknya mereka mencadangkan supaya anak tempatan diangkat untuk bertanding merebut kerusi parlimen tersebut.
dari kaca mata saya, saya mengandaikan andaikata pergelutan dan perselisihan pendapat ini tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya dengan mengambil kira beberapa perkara, berkemungkinan PAS akan tewas dengan lebih teruk daripada apa yang diperoleh daripada undian pada pilihanraya yang lalu. ini kerana semangat kedaerahan,semangat kebangsaan dan semangat kenegerian yang ditunjukkan seolah-olah sama sepertimana yang ditunjukkan oleh abu sufyan dalam peperangan hunain yang mana beliau yang baru memeluk agama islam tetapi masih lagi lekat semangat jahiliyah dalam diri.
seingat saya mengenai sejarah pilihanraya yang dilangsungkan dikelantan yang waktu itu pernah diwakili oleh calon luar contohnya Dr Sanusi Daeng Mariok,Saifuddin Nasution,Tn.Hj Salehhuddin bin ayob yang kebanyakan dari mereka merupakan calon luar yang bertanding.Malahan orang kelantan lebih bijak dalam memilih calon. So saya ingatkan pada sahabat-sahabat yang berada di KT jangan lah pandang calon dari luar nie tak der nilai langsung mana tau nilai mereka lebih baik dan lebih bermutu tinggi daripada calon tempatan.Ini kerana jika semangat berpuak-puak ini makin menebal tak mustahil ianya akan memusnahkan mana-mana organisasi dan jalan yang terbaik terimalah segala pemberian Allah kepada kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan