Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 25 Disember 2008

Kawan lupakan kawan -Malaysiakini

assalamualaikum

alhamdulillah segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam, selawat dan salam buat rasul junjungan tak lupa juga buat para sahabat baginda yang sentiasa menjalinkan uhkwah silaturrahmi antara satu sama lain serta temanteman seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian.

pada petang yang berbahagia ini saya ingin mengungkapkan isi hati yang telah lama terbuku dan rasanya sudah sampai masanya saya luahkan perkara ini. topik yang ingin saya bicarakan pada petang ini ialah mengenai ukhuwah fillah atau persaudaraan islam.

tidak dapat dinafikan bahawa sahabat adalah salah saorang daripada individu yang rapat dengan kita dan antara orang yang tak kurang penting dalam hidup kita. Selari dengan apa yang dinyatakan dalam AlQuran : Sesungguhnya orang islam itu bersaudara,dan berbaik baiklah dengan saudara kamu dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga moga kamu menjadi orang yang berjaya.

namun pada hari ini kita lihat persahabatan atau persaudaraan hanya tertumpu pada yang ada ikatan kekeluargaan sahaja. Tak lebih dari itu hanya sekadar teman biasa sahaja atau teman sekerja. bahkan apa yang disarankan oleh nabi SAW untuk mengeratkan silaturrahmi antara satu sama lain diabaikan. Yang buat kenduri kendara pun tak ada yang nak menjemput sedangkan semasa di alam persekolahan , di universiti "kaulah kawan kaulah sahabat dunia akhirat"Bila tak ada duit mula lah nak ingat kawan tapi bila dah kaya raya berharta dan nak beranak pinak kawan pun dilupakan juga.

kawan yang satu jamaah pun sama juga, suka menyalahkan antara satu sama lain apabila berlaku satu-satu masalah. sepatutnya sebagai kawan atau teman tapat sahabat tadi perlu bantu membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku.

kemana hilangnya semangat ukhuwah yang terjalin semasa bersama?? Inikah contoh teladan yang diambil dari apa yang diajarkan oleh Nabi SAW ?? rasanya ramai kawan-kawan assirkami yang dah berkeluarga tapi hanya segelintir saja pernah undang dan jemput untuk meraikan hari bahagia mereka sedangkan yang lain leka dengan dunianya. yang pernah makan setalam, tidur sebantal pun hilang entah kemana.sibuk mana pun kita dalam menguruskan pelbagai aktiviti, rakan,sahabat dan teman perlu kita ambil tahu.

Tapi bukan itu yang kuharapkan sekurang-kurangnya kita ingat kawan sebab kawan yang bakal mewarnai dan menceriakan kehidupan kita.Bukan mengungkit tapi cuma mengingatkan sahaja. andai ada teman-teman yang membaca entry ini,maafkan daku atas kata-kataku,tapi apa kan daya ianya sudah lama kupendam. Salam perjuangan buat teman-teman semua.

Tiada ulasan: