Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 10 Disember 2008

Orang Yahudi mahu Orang Islam Murtad - Malaysiakini

MEMANGLAH orang Yahudi berusaha supaya orang Islam menjadi kafir. Antaranya cara hidup mereka yang kita terima dengan terang dan jelas sekali iaitu teori-teori politik, ekonomi, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini atau yang dipanggil sosialisme, kapitalisme, pragmatisme, demokrasi dan seumpamanya, Jika dikaji teori-teori ini adalah dilahirkan oleh orang Yahudi atau Nasrani.

Merekalah yang mencipta teori-teori dan falsafah ini, di mana kebanyakan orang Islam percaya kepada teori ini sehingga sanggup menolak Islam sekali gus tidak menyedari diri telah menjadi kafir. Inilah apa yang dikehendaki oleh orang kafir yang Allah Taala sebut di dalam ayat yang kita mesti menyedarinya.

Apa yang berlaku itu adalah kerana hasad dengki mereka selepas ternyata bagi mereka kebenaran. Mereka sudah mengetahui bahawa Islam itu agama yang benar. Memang ramai kita mendengar orang yang tidak percaya kepada Islam dengan mengaku bahawa Islam itulah yang betul.

Kalau ditanya mengapa tidak mahu ikut Islam? Mereka menjawab Islam tidak boleh dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang. Kenyataan itu serupa dengan apa yang disebut di dalam ayat al-Quran.

Kepada ahli kitab pada zaman Nabi, Allah memerintahkan supaya memaafkan mereka dan membiarkan mereka sehingga Allah Taala mendatangkan perintah-Nya sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, maksud ayat 109 surah al-Baqarah.

Ayat memaafkan mereka dimansukhkan hukumnya. Kalau kita lihat Allah menyatakan di dalam ayat itu � �Sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya.� Apakah perintah-Nya? Perintah-Nya ialah firman Allah Taala dalam ayat 29 surah at-Taubah, maksudnya: �Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah.�

Firman Allah Taala yang bermaksud: �Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani." Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar."

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.�

Di dalam ayat di atas, Allah SWT menceritakan tentang kesesatan Yahudi dan Nasrani serta kebingungan mereka di mana di antara kesesatan dan kejahatan mereka antara lain ialah mereka berkata bahawa tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi. Ertinya selain Yahudi, tidak akan boleh sama sama sekali memasuki syurga Allah SWT.

7 ulasan:

slyderrose berkata...

Orang yahudi?. Orang yahudi yg macam mana?. Kebanyakan Nabi dan Rasul adalah keturunan yahudi dan ramai juga orang yahudi dewasa ini beragama islam.
Saya rasa kena selective apabila menceritakan bangsa yahudi ini.

yatim berkata...

Syok salahkan yahudi untuk semud masalah orang Islam!!!!!!! Senang saja. Orang Islam bunuh orang salahkan yahudi. Orang Islam curi harta orang lain salahkan yahudi. Orang Islam judi salahkan yahudi. Senag saja.

Ibnu Mohyeddin berkata...

bukan begitu .. yang salah tetap salah. saudara seolah-olah menyokong yahudi saudara nie yahudi ker ?? maaf cakap. kalau
kata orang islam buat salah .. takkan kita nak salah kan dan nak menangkan bangsa yahudi pulak. yang salah tetap salah . masalah cuba saudara fahamkan betul2 statemen yang dikeluarkan

Pure berkata...

Ada orang ni kan suka tengok cermin..ada pelbagai sbb orang tengok cermin.Ada juga orang ni tengok cermin dan suka sangat pula jadi cermin untuk orang lain....

Tapi bila kena wajah sendiri cepat pula melenting..

Cermin...ooh cermin engkaulah yang paling jujur didunia untuk org yang suka tengok cermin...

Pure berkata...

nampak jerawat dapatkan ubat,jumpa doktor....pulihkan bersungut tidak memulihkan jerawat.

kadang-kadang cara pemakanan tu yg menyebabkan jerawat timbul...

Ibnu Mohyeddin berkata...

sebenarnya kita kena muhasabah diri kita dimana silap kita dan bukan kita menuding jari pada bangsa lain

Pewaris Reformasi berkata...

lor..org Islam pun mahu yg bukan Islam masuk Islam kan?

so, fair and square. buat hal masing2 - giatkan dakwah bukan rasa benci ok!

jangan jadi authoritarian..