Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 27 Disember 2008

Ketua Kampung hadapi pilihanraya-Malaysiakini

Kerajaan Perak tidak membenarkan ketua kampung baru di negeri itu memegang jawatan berkenaan secara pemilihan sebaliknya hanya akan dibuat secara lantikan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya, keputusan yang dibuat Exco kerajaan negeri ialah ketua kampung baru akan dilantik oleh kerajaan negeri dalam tempoh dua tahun akan datang, berbeza dengan kampung tradisional yang mana pemilihannya telah dibuat sebelum ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai, bahawa proses penamaan calon bagi pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat akan diadakan Ahad ini dan jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 1 Januari.

“Saya ingin perbetulkan, tidak ada pemilihan dalam jawatan ketua kampung baru, itu ketetapan yang sudah dibuat. Pelantikan itu pula berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu jika terbukti dia (calon ketua kampung) ada rekod jenayah, kami tidak akan melantiknya,” katanya merujuk kepada kenyataan Chan, Rabu lalu bahawa pemilihan itu terbuka kepada semua penduduk kampung baru termasuk bekas banduan yang dianggap sudah kembali semula ke dalam masyarakat.

Chan juga dilaporkan berkata proses pemilihan ketua kampung di Gunung Rapat akan menjadi projek percubaan kepada 133 kampung baru lain yang terdapat di Perak yang mana penamaan calon dan pemilihannya akan diumumkan kemudian. Mohammad Nizar turut mengumumkan bonus satu setengah bulan atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan Lembaga Air Perak (LAP). - Bernama
ulasan : Ketua Kampung dipilih berdasarkan kelayakan dan kreteria yang betul dan bukan dipilih berdasarkan parti politik atau siapa yang dapat melebarkan pengaruh parti.Takkan nak lantik penyamun atau pesalah jenayah sebagai Ketua Kampung??

Tiada ulasan: