Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 26 Disember 2008

Berhijrah menjana kemajuan diri -Malaysiakini

Assalamualaikum salam perjuangan salam keceriaan

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk beroperasi sepertimana biasa selain melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat rasul junjungan penghulu sekalian Rasul dan Nabi seterusnya buat sahabat-sahabat baginda yang turut sama berjuang untuk mendaulatkan agama Islam yang tercinta.

Memandangkan kita bakal menempuh tahun baru hijrah 1430 pada hari ahad ini insya Allah, saya ingin sekali mengajak sahabat-sahabat untuk merenung kembali serta kita muhasabah segala gerak kerja dan aktiviti yang telah kita jalankan. bertepatan dengan perintah Nabi SAW supaya kita senantiasa bermuhasabah diri sebelum kita di hisab diakhirat kelak dimana tiada penyesalan dan tolak ansur lagi apabila kita sudah berada dipadang mahsyar.Dihari yang mana tiada perlindungan dan kasih sayang melainkan kasihsayang dan perlindungan serta rahmat Allah.

Tema Sambutan Ma'al Hijrah (Hari Memperingati Hijratul Rasul SAW dari kota Makkah ke Kota Madinah)pada tahun ini ialah Menjana Ummah Gemilang. Rasa saban tahun pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dan dijalankan bersempena dengan sambutan Hijratul Rasul SAW. Tapi pernahkah kita terfikir mengenai tema yang kita canangkan setiap tahun? adakah kita telah berjaya untuk menjana ummah yang gemilang??saban tahun tema ini bertukar ganti dan saban tahun disetiap tempat pelbagai program diadakan namum ummah yang gemilang masih lagi belum dapat dilahirkan.

saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk menilai kembali serta muhasabah diri kita apakah kita ummah yang gemilang.Sepertimana yang dinyatakan dalam Alquran yang bermaksud "Kamu semua (wahai orang yang beriman)adalah ummat yang terbaik yang dikeluarkan daripada kalangan manusia, yang mana menyeru kepada perkara yang makruf serta meninggalkan perkara yang mungkar dan maksiat selain beriman kepada Allah,sekiranya orang-orang yahudi dan nasrani beriman kepada Allah maka ianya adalah lebih baik bagi kamu akan tetapi hanya segelintir sahaja yang beriman dan ramai lagi yang tidak beriman"

sahabat sekalian, maknanya disini bagi menjadikan kita ummah atau golongan yang gemilang dan terbilang sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri dan yang disarankan oleh Alquran, maka kita perlu kembali berpandukan kepada Alquran dan Assunnah. Jika difahami daripada ayat yang dinyatakan diatas bahawa ummah yang gemilang ialah orang yang benar-benar beriman serta melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya selain menegah dan mencegah segala perkara-perkara yang mungkar.

kita lihat kini, masyarakat ada segelintirnya mula untuk kembali kepada ajaran AlQuran,malahan ada yang lebih bersemangat untuk lebih faham terhadap isi Alquran serta berazam untuk melaksanakannya. Ini adalah satu anjakan paradikma yang perlu dipertingkatkan dek kerana jika kita soroti sejarah negara kita pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan negeri pada masa itu menjadikan Al-Quran sebagai sumber perundangan dan dengan pegangan inilah mereka berjaya untuk menjadi satu generasi dan ummah yang cemerlang gemilang dan terbilang. Dari itu bersempena dengan tahun bari hijrah yang bakal kita sambut tidak berapa hari lagi, marilah kita sama-sama berhijrah serta berubah untuk menjadi golongan yang disebutkan oleh Allah sebagai Ummah yang terbaik.
Salam Perjuangan dan Salam Ma'al Hijrah Dari Assirkami

Tiada ulasan: