Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 28 Disember 2008

Adibah Jumpa Shabery Chik ??-Malaysiakini

Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

“Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di sini hari ini.

“Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

“Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis,”
katanya

ulasan :

wah .. nampaknya ada pihak cuba untuk mencetuskan balik revolusi 1969.Jangan cuba nak main api,buruk padahnya nanti.harap pihak yang berwajib dapat ambil tindakan drastik terhadap apa yang berlaku. Jangan sampai parang panjang melayang sendiri memancung kepala mereka yang membuat onar nanti.Sebelum nie isu babi pun tak selesai, jangan cuba cari pasal dan sengaja nak menaikkan sentimen agama.

Tiada ulasan: