Tak cukup ngan basikalthon, walkathon dan kini ... sunatthon .. cam bunyi jawa pun ada gak apa apa pun baca lah kat bawah nie yer ..
HULU SELANGOR 15 Nov. - Seramai 38 kanak-kanak miskin dan 42 mualaf Orang Asli berkhatan beramai-ramai menerusi program Sunathon anjuran Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini hari ini.Pengelola program, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainudin berkata, selain meraikan golongan berkenaan, program berkhatan secara percuma itu juga bertujuan mendedahkan 80 pelajar IMU dengan aktiviti kemasyarakatan.
''Ia juga mampu mengeratkan lagi hubungan IMU dengan institusi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Khalid Sintol; Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ali Mahmud dan Timbalan Pengarah JHEOA, Meor Adam Hashim.Seorang mualaf, Jamini Ila, 40, yang memeluk Islam lima tahun lalu bersyukur kerana dapat berkhatan hari ini walaupun berasa agak malu.''Saya antara peserta paling dewasa dalam program ini sampai ada kanak-kanak hairan mengapa saya juga ingin berkhatan,'' katanya.
Bagi murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baru 1, Iman Shahidan, 7, mengakui hatinya berdebar saat menanti giliran untuk dikhatankan.Namun, dia yang hadir ditemani bapa berasa sedikit lega kerana mendapat semangat daripada abangnya, Nor Amin Shahidan, 10, yang berkhatan tahun lalu.Berlainan pula bagi Abdul Rahim Mohd. Rashid, 7, yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam dewasa selepas berkhatan.
''Saya tidak takut, lagi pun mak dan ayah sudah pesan supaya membaca doa dan surah al-Fatihah bagi menghilangkan rasa takut.''Tetapi yang seronoknya, apabila sihat nanti, mak dan ayah sudah berjanji mahu membawa saya dan adik-adik bercuti ke Genting Highlands,'' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan