Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 17 November 2008

Turun Jugak Kau akhirnya yer Minyak -Malaysiakini

PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok. Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter. Penurunan harga minyak itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan media di sini. Harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak 78 sen sejak Jun lalu. Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober dan 1 November.

assirkami:
merasa baliklah apa yang pernah saya cakap dulu ... ingat lagi tak wal hasil balik asal ?? heheheh...

2 ulasan:

ScorpionStar berkata...

Jangan cepat bersyukurlah! Harga sekarang langsung tiada subsidi untuk rakyat. Malahan lebih tinggi tinggi. Cuma yang guna diesel ada subsidi. Tapi harga barang2 masih tinggi.

Bila harga minyak mentah naik nanti, awak tengoklah, harga barang-barang GERENTI NAIK!

Inilah Malaysia, cetek HAK PENGUNA.

Ibnu Mohyeddin berkata...

ala scorpionstar .. kadang-kadang nie mainan politik saja bukan nak mengharap sangat dan cepat sangat nak menyerahkan tengkok nie .. kutau auta umno n BN nak raih sokongan rakyat cammana