Dilahirkan pada 1906 di Mahmudiya, Mesir, beliau telah terlibat dengan pembaharuan seawal usia 13 tahun. Hassan juga menyertai demonstrasi dalam revolusi 1919 bagi menentang penjajahan British.Berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 14 tahun, Hassan memulakan pengajian di Dar al-Ulum, Kaherah pada 1923 ketika berusia 16 tahun. Sepanjang empat tahun di ibu negara Mesir memberi pendedahan kepada beliau tentang situasi politik dan bagaimana corak sekular dan Barat telah menembusi masyarakat.Pada waktu ini jugalah Hassan menyedari bahawa golongan muda semakin jauh daripada landasan agama dan percaya hati dan minda pemuda- pemudi Islam adalah penting dalam mempertahankan kemurnian Islam.
Hassan turut mengikuti kuliah di Al-Azhar yang memberi pendedahan mengenai pandangan-pandangan ulama yang terkini serta ilmu dakwah untuk menyebarkan Islam. Menjadi guru bahasa Arab pada usia 21 tahun di sebuah sekolah di Ismailiyya dan pada masa tahun yang sama Hassan, adiknya Jamal al-Banna dan lima sahabatnya bersumpah sehidup semati untuk mempertahankan Islam sekali gus tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.Pertubuhan itu seterusnya berkembang pesat dengan lebih setengah juta keahlian tidak termasuk cawangan-cawangan di negara-negara Arab lain malah turut menghantar ribuan tentera dalam perang terhadap Israel pada tahun 1948.Hassan telah ditembak mati di sebuah pasar pada Februari 1949 pada usia 43 tahun.

1 ulasan:
Diantara manusia ini ada yang hanya mahu hidup dan berfikir untuk dirinya sahaja, serta mahu bekerja untuk diri sendiri.Jika mereka mati, tiada siapa yang merasa akan kehilanganya.
Namun ada juga orang yang hidup dan membaktikan kehidpannya untuk umat tanpa mempedulikan kepentingan diri sendiri.Dia mengurbankan seluruh YANG DIMILIKKINYA untuk kepentingan umat.Mereka ini, apabila ia mati, semua orang akan merasa kehilangannya dan hati mereka akan sepi dengan kematiannya.
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna adalah antara manusia yang tidak habis-habis disebut oleh manusia dan setiap keluarga tak pernah melupakn dia lantaran dia adalah rahmat yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. Dia tidak menggunakan hidupnya untuk dirinya melainkan untuk seluruh umat manusia.
INSYAALLAH..
Catat Ulasan