Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 5 November 2008

Jom naik Eye On Melaka Percuma !!!-Malaysiakini


MELAKA 4 Nov. – Orang ramai diberi peluang untuk merasai pengalaman menaiki gondola Eye On Malaysia yang terletak di muara Sungai Melaka di sini apabila ia dibuka secara rasmi mulai 7 November ini. Majlis pembukaannya akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada 8 malam hari tersebut.

‘‘Sejurus selepas perasmian pembukaannya, orang ramai diberi peluang untuk menaikinya secara percuma sehingga pukul 11.45 malam,” kata Eye On Malaysia Sdn. Bhd. dalam kenyataan di sini. Sempena perasmian tersebut, persembahan konsert mini akan dijayakan oleh barisan artis tempatan diketuai Ning Baizura akan diadakan.

Kenyataan itu berkata, dari ketinggian 60 meter, para pengunjung berpeluang menikmati keindahan bandar Melaka dan Selat Melaka pada waktu malam. Eye On Malaysia yang sebelum ini ditempatkan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sejak Januari 2007 telah dibawa dan ditempatkan secara kekal di Melaka untuk dijadikan produk pelancongan di negeri ini.

3 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Itu Eye on Malaysia lah.
Eye on Melaka di Stesyen Bas lama.
(tepi sungai)

Ibnu Mohyeddin berkata...

hehehe.. kira samalah bro ..

kekwa66 berkata...

Mana sama....satu mini, satu maxi..haha