Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 25 November 2008

Isu Babi lagi - Malaysiakini

Dalam minggu ini tak sudah-sudah dimainkan isu mengenai babi dan tak tau bila akan berkesudahan. dah pun abis isu di selangor timbul pulak isu di kedah . Di melaka memang dah terkenal sangat terutama dikawasan masjid tanah area kuala. Dalam banyak banyak binatang yang halal di Malaysia ini kenapa babi jugak yang dipilih sebagai ternakan komersil ?

Sedangkan dalam Al-Quran dah disebutkan mengenai pengharaman babi tapi kenapa kita dok bela lagi. Tak sudah dengan tu lagi dua hari lepas ada pulak pihak yang cuba nak mainkan isu perkauman dengan menaikkan poster dan jugak kain rentang kalau tak silap saya di kawasan masjid tanah sebab semalam ada sembang dengan seorang kawan di kedai kopi. Kawan tu tunjukkan pada saya ada satu poster yang telah ditampal dan antara tajuk poster tersebut ialah " Hidup Melayu, Islam Bantah Babi"

kawan saya juga ada memberitahu bahawa ada pihak yang telah cuba untuk membuat protes atau demonstrasi bantahan terhadap babi. Setahu saya yang guna slogan hidup melayu ini satu parti saja , iaitu parti yang berideologikan kebangsaan melayu. tapi apa pun itu sajalah yang mampu dibuat agaknya. sepatutnya perkara yang boleh menimbulkan sensitiviti ini perlulah dirujuk pada pihak berkuasa dan perlu tindakan segera.

1 ulasan:

kekwa66 berkata...

Babi..walaupun haram, tapi bila diternak dan dieksport ke singapura, memang membantu meningkatkan ekonomi Malaysia. Berbanding dengan duit haram yg tak tau dari mana asal usulnya tu...betul tak?