Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 27 November 2008

Adat Melayu Banyak Budaya Hindu -Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam. Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan.

"Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain. "Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif," katanya yang dipetik daripada laman web.

Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan.

"Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. "Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan...," kata Dr Asri.
Sumber : Harakahdaily
Ulasan :
sebenarnya banyak adat-adat melayu yang dipengaruhi dengan adat hindu. Antaranya dah disebutkan oleh Sohibus samahah DR. Asri iaitu adat merenjis air mawar dan menepung tawar. Tu tak masuk lagi adat mandi safar,adat puja pantai, puja semangat dan melenggang perut dan bersanding yang diamalkan oleh ajaran agama lain. kita dok marahkan hindu pasal HINDRAF. HINDRAF tak heran sebab Orang Melayu lagi Hindu daripada Orang Hindu sendiri.
Nak bersanding boleh tapi ada syarat-syaratnya dan syarat-syarat mestilah berpandukan pada syariat. Bak kata Adat Pepatih Negeri Sembilan : Adat bersendikan syarak, Syarak bersendikan kitabullah.

3 ulasan:

kekwa66 berkata...

Tu..pakai inai tu.....kenapa tak kata haram??!!

Ibnu Mohyeddin berkata...

ala .. kan dah kata banyak adat resam melayu berunsur hindu .. samelah semua .. asal agama orang melayu sebelum datang islam pun hindu gak .. so nak marah hindraf tu yang terbantut selalu pasal suku-sakat

lleekh berkata...

cuba kaji..apa adat dan perbuatan yang dipinjam dari orang Arab sebelum Nabi? Kini orang Islam malaysia nak pakai baju dan serban macam orang Arab. Adakah ini akan jadi kita lebih islam?