Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 26 November 2008

YANG HARAM TETAP HARAM - Malaysiakini

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Fatwa berhubung pengharaman amalan yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini tetap sah daripada segi syarak walaupun ia belum diwartakan oleh negeri-negeri.Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, soal pewartaan hanyalah untuk memberikan kekuatan undang-undang kepada fatwa tersebut bagi membolehkan pendakwaan diambil sekiranya berlaku pengingkaran.

''Warta atau belum, daripada segi syarak, fatwa itu adalah sah yang bermakna kedudukan hukum amalan yoga di sisi Islam telah jelas iaitu haram. Justeru umat Islam perlu faham tentang soal ini.''Cuma apabila fatwa itu belum diwartakan, tiada tindakan boleh diambil ke atas mereka yang ingkar. Kedudukannya seperti satu pandangan hukum sahajalah apabila tidak diwartakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu lalu memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.
Keputusan itu menyebabkan wujudnya polemik termasuk di kalangan pengamal yoga beragama Islam. Sementara itu, Zainul Rijal berkata, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam perundangan adalah jelas kerana badan tersebut ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.Katanya, Majlis Raja-Raja telah memperkenankan penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam suatu masa dahulu yang strukturnya turut mempunyai jawatankuasa fatwa.

''Sehubungan itu Majlis Fatwa Kebangsaan adalah institusi yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan melihat daripada sudut sejarah penubuhannya, saya berharap tidak timbul sebarang tanggapan lain.''Lagi pun jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai oleh setiap mufti negeri dan oleh itu keputusan dibuat berasaskan pandangan semua yang terlibat. ''Dan apabila hendak diwartakan sesuatu fatwa itu, ia juga akan merujuk pihak raja-raja serta majlis agama Islam negeri-negeri untuk mendapat perkenan,'' ujarnya.

Sementara itu, Zainul Rijal melahirkan rasa hairan dengan reaksi yang ditunjukkan oleh segelintir golongan bukan Islam berhubung isu fatwa pengharaman yoga kerana ia hanya melibatkan mereka yang beragama Islam.''Kenapa perlu ada yang berkecil hati pula, itu yang saya hairan sebab fatwa hanyalah untuk orang Islam. Yang haram itu untuk Muslim sahaja dan orang lain bebas untuk mengamalkannya.''Sementara bagi umat Islam pula, kita kena jelas bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam membuat keputusan ini telah menjalankan kajian secara terperinci.''Malah jika kita baca penjelasan salah seorang ahli panel kajian akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam Utusan Malaysia hari ini, kita akan dapat gambaran mengapa senaman yoga diharamkan,'' ujarnya.
ulasan :
kalau dah fatwa haram tu tetap haram. kalau bendanya qatie' bertentangan dengan syarak dah tentu haram takkan kita nak haramkan arak kena minum arak dulu baru tau haram ke tak. kalau hukum zina haram takkan nak berzina dulu baru nak jatuh hukum haram .. kalau tak tau baiklah bertanya dengan orang yang tau jangan menghukum sembarangan.Itulah kalau tak tau jangan bodoh sombang ye dah tak tau buatlah cara tak tau bertanya pada yang tau.

Tiada ulasan: