Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 7 Oktober 2008

wali terkutuk -Malaysiakini

SHAH ALAM: Walaupun pelbagai taktik digunakan pengamal ajaran sesat dan pelik termasuk menukar nama organisasi dan lokasi bagi mengelak kegiatan mereka dikesan, namun pemantauan teliti dan rapat tetap diteruskan dalam usaha mencapai sasaran sifar ajaran yang menyeleweng di Selangor.
Malah, ada kumpulan pengamal ajaran yang dipercayai sesat di negeri berkenaan menyedari markas kegiatan mereka diawasi ‘pengintip’ Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ‘ghaib’ bersama pengikut kerana bimbang ditahan pihak berkuasa.
Selain itu, dakwaan kewujudan wanita bertaraf ‘wali’ dan ‘Rasul’, masing-masing di Shah Alam dan Hulu Langat sejak beberapa bulan lalu kini turut lenyap dipercayai sudah melarikan diri ke tempat lain.Ketua Unit Tindakan Khas, Jabatan Agama Islam Selangor, Shahrom Maarop, berkata pihaknya memang memberikan tumpuan khusus terhadap kewujudan ajaran sesat dan pelik di negeri itu.

Beliau berkata, selain menerima aduan pengadu misteri, Jais melakukan pengintipan dan penyamaran bagi memastikan setiap tindakan dan serbuan yang dilakukan mencapai matlamat.“Setiap aduan berkaitan kewujudan ajaran sesat atau pelik akan disiasat berdasarkan keaktifan kegiatan kumpulan terbabit.
“Buat masa ini, beberapa kegiatan kumpulan ajaran sesat kecil-kecilan yang dikenal pasti sama ada sudah lenyap atau mencari tempat lain untuk beroperasi,” katanya.Shahrom berkata, memang sebelum ini ada seorang wanita yang juga pengamal perubatan mendakwa dirinya wali di sekitar daerah ini, tetapi sudah lenyap selepas risikan dan intipan dilakukan.
Malah, katanya, rumah yang dijadikan markas kegiatan berkenaan juga sudah tidak dikunjungi pengikut yang sebelum ini bertali arus mengunjungi rumah terbabit.“Kita percaya ada beberapa kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan kegiatan wanita itu, sama ada mencari tempat lain untuk bergerak semula atau sudah meninggalkan terus ajaran pelik yang diamalkan,” katanya.
Sebenarnya, beliau berkata, kumpulan pengamal ajaran sesat atau pelik ini semakin bijak termasuk menghentikan kegiatan untuk sementara waktu apabila menyedari mereka dipantau dan kembali menjalankan kegiatan bertentangan akidah itu apabila tidak ada pihak yang mengintip mereka.Selain itu, katanya, ada kumpulan ajaran sesat yang sudah dilenyapkan sebelum ini kembali aktif semula dengan ‘jenama’ baru kononnya bagi menyembunyikan kegiatan lama yang dijalankan.
“Kumpulan ini akan menukar jenama mereka apabila menyedari rahsia kegiatan bocor bagi mengelak dikenakan tindakan pihak berkuasa,” katanyaMenurutnya, bagi menangani pelbagai taktik ajaran berkenaan, Jais juga mempunyai pendekatan rahsia tersendiri bagi memastikan setiap tindakan dijalankan tidak sia-sia.
Katanya, apa yang penting, setiap kegiatan disyaki sesat akan dipantau dan ditangani secara keseluruhan termasuk menghadapkan pemimpin mereka ke mahkamah.“Apa yang penting, pemimpina ajaran itu perlu `dibersihkan’ bagi menjelaskan kepada pengikut yang taksub mengenai ajaran yang melanggar akidah yang dijalankan.“Ia penting kerana kita tidak mahu lebih ramai umat Islam terpesong mengikuti ajaran itu walaupun mempunyai niat untuk mendalami Islam,” katanya.

Tiada ulasan: