" Hai .. Tak sampai seminggu dah lembik...nie baru tahan nafsu makan jer nie .. tak kira tahan yang lain .. agak-agak boleh tahan lagi tak? begitulah pertanyaan yang sering diajukan oleh ayah dan ibu kita semasa kecil apabila ramadhan tiba. kadang-kadang bila dikenang balik nostalgia dan kenangan zaman persekolahan rasanya banyak perkara yang melucukan dalam hidup kita ini sepanjang bulan ramadan especially masa zaman kanak-kanak.
Almaklumlah kalau mula darjah satu lagi dah diajarkan memang nampak lembik, lemah longlai dan tak larat nak bangun. tapi ala kulli hal segalanya memberikan satu kekuatan dan keazaman dalam diri kita dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. selain menahan lapar dan dehaga kita juga dididik untuk menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kita serta kita juga diajarkan untuk bersikap prihatin terhadap golongan yang tidak senasib dengan kita. Jika nak dikirakan kehidupan kita di Malaysia sekarang ni cukup mewah dan mencukupi tak kiralah dalam bab apa sekali pun. Kita seolah-olah lebih terkehadapan dari segi maddiah tapi kita lupa untuk memperkasakan ruhiyah kita dan perkara ini jangan sekali kita ambil berat. rata-rata golongan muda-mudi pada masa sekarang ini lebih banyak memberikan penekanan dalam skop kebendaan dan meterial dan kurang memberikan perhatian kepada sudut kerohanian.
ini yang menjadi masalah bagi mereka apabila berdepan dengan 'interview' yang dikendalikan oleh Tok Qadhi atau Imam yang ingin menikahkan. Bila suruh ngucap dia tanya balik tok imam ngucap tu apa tok ?? bila tanya bab solat kantol .. tanya bab rukun nikah pun kantol .. akhirnya Tok imam pun tanya .. ni nak nikah ke tak ?? bab fardhu ain pun sangkut lagi cammana bab lain nak lepas tu tak tanya bab aqidah lagi gerenti bungkus bukan gerenti beres.kalau gerenti beres tak per gak. Tu kalau tanya yang nak nikah .. kalau tanya bab sembahyang atau yang dah nikah pak mertua suggestkan untuk jadi imam , wah timetulah buat-buat luper niatlah ... lupa ambik wuduk lah .. dan macam-macam lagi. Cammana nak kata merdeka kalau macam nie gayanyer.
sepatutnya perkara yang sebegini yang merupakan salah satu daripada perkara pokok telah menjadi satu perkara yang rutin serta dilaksanakan dalam kehidupan. kalau nak dikirakan kat sekolah-sekolah rendah dan menengah dah diajarkan perkara-perkara yang asas ini tapi tulah realiti masyarakat kita,bila nak diajar.. lari tak nak belajarlah .. banyak kerja lain lah dan macam macam alasan yang dikemukakan
Firman Allah SWT yang bermaksud " Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka" dan FirmanNya lagi " sesungguhnya solat yang didirikan itu dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara yang keji dan mungkar". Justeru itu, kita semua berperanan dalam mengubah perkara yang berlaku dan kita-sama-sama beringat antara satu sama lain kerana memberikan peringatan itu membawa manfaat pada semua mukmin dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan