Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 3 September 2008

Pak Samad Tenat

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Tokoh Kewartawanan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail hari ini semakin merosot sejak mengalami kegagalan buah pinggang dan dibantu alat bantuan pernafasan. Anaknya, Nuraina berkata, mesin dialisis telah dipasang apabila buah pinggang ayahnya gagal berfungsi sejak semalam. “Keadaannya masih tidak berubah, kami sekeluarga masih mengharap dan berdoa yang terbaik untuk kesihatan ayah yang sudah lebih seminggu dirawat di Pusat Perubatan Pantai.

“Doktor juga sedang melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya. Jadi kita hanya perlu tunggu dan berada di sampingnya,” katanya ketika dihubungi. Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru dan darah. Keadaan kesihatan beliau menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lalu setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain. - Bernama
Komen : Assirkami mendoakan semoga Pak Samad beransur sembuh Insya Allah

Tiada ulasan: