KUALA LUMPUR 25 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai pilihan raya yang paling agresif dan ganas pernah berlaku dalam sejarah negara ini.Katanya, ia juga merupakan pilihan raya yang luar biasa ekoran pelbagai insiden yang berlaku semasa kempen pilihan raya berlangsung sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu."Sebanyak 70 laporan polis dan 26 daripadanya sedang disiasat pihak polis sepanjang kempen berjalan. Jika ini terus berlaku, ia tidak sihat daripada segi perkembangan demokrasi kita," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya, sebahagian besar laporan yang dibuat itu adalah terhadap pihak penyokong pembangkang.Menurutnya, antara kesalahan yang dilaporkan termasuk kekerasan, mengancam orang, menyekat orang berkempen, menjatuhkan poster dan menggunakan bahasa kesat.
Tambahnya, seramai 5,000 anggota polis juga telah dikerahkan bertugas sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil itu."Pada saya, pilihan raya tak apalah, tapi tak perlu kita didorong perasaan untuk menegakkan ideologi kita dengan ancaman keganasan, pukul-memukul atau meletakkan bom sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, tindakan pihak tertentu di Permatang Pauh yang cuba berkempen dengan memberitahu pengundi bahawa profil Asid Deosiribonukleik (DNA) milik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah dipadankan dengan sampel DNA milik Mohd. Saiful Bukhari Azlan, adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
"Ia adalah subjudis untuk berbuat dakwaan sedemikian dan ia boleh menghina mahkamah kerana masih dalam kes mahkamah. Biar mahkamah yang tentukan," katanya.Sementara itu, Syed Hamid sekali lagi menegaskan bahawa Akta Identifikasi DNA 2008 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, bukan diwujudkan untuk mencari kesalahan satu pihak tertentu sahaja."Akta ini bagi membantu kes bukan merumuskan kes itu. Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan akta ini dibuat disebabkan Anwar itu tidak wajar," katanya.
komen :
maknanya lepas nie lahir2 jer dah kena serah DNA lah .. pastu rasanya tak derlah orang yang berani nak buat anak haram @ berzina kan ?? nampak cam mudah tapi sasnggupkah kita ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan