Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 26 Ogos 2008

SPR DAH JADI SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, tidak wujud pengundi hantu sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini, pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh esok.Ini kerana semua nama pengundi yang akan digunapakai pada hari pengundian adalah berdasarkan kepada senarai yang telah dikemaskini dan diwartakan pada 19 Jun lalu.Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, daripada senarai yang telah dikemaskini pada 19 Jun lalu dan senarai yang digunapakai pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac lalu, SPR mencatatkan peningkatan sebanyak 10 pengundi sahaja.''Pada pilihan raya umum lalu, Parlimen Permatang Pauh mempunyai 58,449 pengundi dan selepas dikemaskini hanya 10 nama baru ditambah,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat pilihan raya kepada ketua tempat mengundi di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini hari ini.Menurut Kamaruzaman, bagi mengelakkan berlaku tuduhan wujudnya pengundi hantu,pihaknya telah membuat pemeriksaan terhadap nama-nama pengundi yang tidak wujud dan dinyah senaraikan daripada senarai pemilih induk dan daftar pemilih tambahan.Katanya, beliau hanya mempunyai kuasa untuk menggugurkan nama-nama daripada senarai pemilih yang terdiri golongan orang yang telah meninggal dunia, bukan warganegara dan orang yang tidak memiliki hak untuk mengundi.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak yang cuba menghalang atau menahan mana-mana pengundi berdaftar dari luar yang pulang ke Permatang Pauh bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi esok.Kamaruzaman menegaskan, para pengundi tersebut tidak boleh dianggap sebagai 'pengundi hantu' kerana nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih meskipun kini tidak lagi tinggal di bahagian pilihan raya berkenaan.''Sesiapa yang didapati menghalang para pengundi berdaftar tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,'' tegas beliau. Tegas beliau, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.''Jika ada pihak yang mahu melakukan perkara itu (menghalang pengundi) harap fikir dua kali, kenapa hendak sekat, kalau mereka itu adalah pemilih yang berdaftar dengan SPR," katanya.
komen :
kata SPR tak der pengundi hantu , tapi cammana AMK penang boleh dapat tangkap ?? nampak sangat penipu besar

Tiada ulasan: