
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika Anwar memperoleh majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat. Sebaliknya, bekas Perdana Menteri berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat."Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang... Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya. Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya." Beliau berkata, jika terdapat calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan KeADILan. "Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia daripada serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar... kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berpendapat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai Presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini. "Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali."Dulu mereka (Ketua Bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap... saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang). (Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihan raya, dia akan kalah," katanya.
Komentar :
semalam satu lagi peristiwa brsejarah dalam pemilihan umno bahagian serkam darat dimana Pengerusi JKKK Serkam Darat yang cukup tidak disenangi oleh penduduk kampung Serkam Darat akhirnya tersungkur ditangan seorang guru yang cukup berwibawa. Tn. Hj. Othman Dolmat tewas kepada Cikgu Anuar Abu Bakar dengan undian 170 berbalas 60. Itulah Tn Hj. Othman lain kali jangan suka berlagak masa pegang jawatan. So sekarang nie dah boleh deal lah dengan atan motor untuk jual saja kereta mascerdis yang ada kat rumah tu pasal duit dah tak adakan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan