assalamualaikum ..
tahniah dari saya buat Al-Fadhil Ust Ramlang Porigi, Imam Masjid Wilayah Persekutuan atas keberanian enta membongkar perancangan Kuffar Semalaysia yang cuba untuk menjatuhkan maruah orang yang tidak bersalah. Sebagai seorang Islam , ana berpandangan bahawa tindakan yang dilakukan oleh ust tadi menggambarkan bahawa segala perancangan yang dirancang oleh manusia pasti akan terbatal jika ianya bertentangan dengan hukum Allah.
Begitu juga dengan tindakan yang dilakukan serta respon yang diberikan oleh Mufti Wilayah seolah-olah menggambarkan beliau takut untuk menyatakan kebenaran sebaliknya berlindung disebalik topeng politik atas tujuan untuk menjaga periuk nasi sendiri. Pada pandangan ana secara peribadinya apa yang dilemparkan kepada DSAI adalah satu fitnah yang cukup besar kerana mengikut perundangan Islam, jika seseorang itu mengaku diliwat atau berzina maka dia perlulah mendatangkan empat saksi yang adil. dalam kes mubahalah saiful ( sumpah laknat @lahanat), si penuduh tidak mengemukakan 4 orang saksi yang adil yang nampak perkara itu berlaku.
beberapa perkara perlulah dikaji dengan teliti dalam menjatuhkan hukum seperti hukum berzina antaranya:
1. empat saksi yang adil yang nampak si anu memasukkan kemaluannya kepada si anu yang lain
dengan kerelaan nya atau secara paksaan.
2. empat orang saksi tadi mestilah lelaki dan bukan perempuan.
3. pengakuan si pelaku ( yang membuat dan yang kena buat)
Tapi apa yang berlaku si pelaku tidak mengaku dan yang sama-sama melakukan perkara tersebut yang mengadu. Dari segi prosedur perundangan juga salah kerana yang sama melakukan tadi tidak melaporkan kepada mahkamah syariah atau qadhi tetapi melaporkan kepada musuh politik. nampak sangat apa yang berlaku sekarang benar-benar mencabar serta mencalarkan imej perundangan islam . pada pandangan saya perkara ini perlulah diperbetulkan segera bagi memastikan nama Islam tidak terus tercalar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan