MIRI 6 Ogos – Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu hari ini dihentikan selama dua jam untuk `sesi bertenang' setelah tujuh lagi pelajar perempuan diserang histeria.Pengetua SMK Bekenu, Abu Saran berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan lima tiba-tiba menjerit dan seolah-olah hilang kawalan.``Tidak lama selepas itu, enam orang lagi pelajar perempuan turut diserang histeria. Masa kejadian itu berlaku sama seperti kejadian yang berlaku semalam.``Pihak sekolah telah mengambil langkah segera dengan mengasingkan kesemua pelajar terbabit daripada pelajar lain bagi mengelak lebih ramai diserang histeria,'' katanya semasa ditemui di sekolah berkenaan hari ini.Semalam 15 orang pelajar SMK Bekenu termasuk dua pelajar lelaki diserang histeria sekitar pukul 8 pagi.Keadaan itu memaksa pihak pengurusan sekolah menutup sesi pembelajaran semalam pada pukul 10.30 pagi. - Utusan.
kejadian hesteria yang berlaku dikalangan pelajar sekolah pada masa sekarang ini nampak nya seperti tiada penghujung dan boleh dikatakan setiap hari di dada -dada akhbar kita dikejutkan dengan peristiwa ini. Tak sudah dengan itu, perkara ini terus menerus menjadi buah mulut masyarakat sekitar kita yang cukup perihatin dengan masalah ini.Tapi yang peliknya kenapa perkara ini boleh berlaku dalam masa sekarang? Boleh dikatakan dalam minggu ini sahaja dianggarkan 10 kes pelajar hesteria dilaporkan.
Punca Sebab:
perkara ini mungkin boleh kita kaitkan dengan permasalahan yang berlaku pada masa sekarang khususnya gelagat muda-mudi termasuklah para-pelajar sekolah menengah. Antara punca yang mungkin boleh saya dedahkan disini secara peribadinya saya katakan bahawa muda-mudi pada zaman sekarang ini kurang penghayatan agama dalam diri terutama perkara-perkara yang bersangkutpaut dengan aqidah. Ini kerana kita dapat lihat bagaimana gelagat remaja pada masa kini yang seringkali mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang muslim seperti menunaikan solat lima waktu serta beberapa ibadat yang berkaitan. Bagaimana pula perkara ini boleh berlaku?? ini kerana mereka mempelajari ilmu agama disekolah tetapi dicampur adukan dengan perkara yang bertentangan dengan syariat islam yang sebenar. Selain ini, pandangan saya ialah perkara ini berlaku disebabkan sahsiah diri seseorang yang tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang Islam.
Mana mungkin orang yang berpegang teguh dengan syariat Allah akan terjebak dengan perkara seperti ini.Hanya orang yang selalu mendekatkan diri dengan maksiat dan perkara -perkara yang buruk sahaja yang akan terkena.
sebab yang kedua ialah personaliti yang ditunjukkan bukan personaliti muslim. Perkara ini dapat kita nilai dari sudut tuturkata yang dilafazkan oleh remaja pada masa kini. mereka tak lekang dengan perkataan makian dan cacian serta carut yang sudah menjadi siulan dan rutin hidup mereka semasa berjumpa dengan rakan sebaya. kadang rasa kesian, sedih dan geram juga bila tengok yang rosak ialah bangsa penulis sendiri. Dimanakah silapnya?? adakah guru-guru di sekolah silap dan gagal dalam mengajar anak-anak muridnya berkelakuan sopan atau murid itu sendiri yang menyukai perkara tersebut. Lepas membaca beberapa berita di dalam akhbar , sedih rasanya .. mungkin ini ujian dari Allah pada kita tapi kita perlulah berusaha dengan sebaiknya. Hindarkan diri dengan perkara-perkara yang khurafat dan apa salahnya jika kita mohon bantuan dari Prof. Dr.Harun Din atau Datuk Ust Ismail Kamus untuk menyelesaikan perkara ini. Moga-moga dengan bantuan serta ikhtiar yang diberikan akan mendapat rahmat serta pertolongan dari Allah.
assirkami: terdapat juga beberapa blog yang mewar-warkan perkara ini antaranya mutaligat, si lembik's, dan Prof Hamirdin. salam perjuangan dan selamat berpuasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan