Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 26 Ogos 2008

PINTASAN DARI P139 KE P 44

BUKIT MERTAJAM: Lebih 3,000 penyokong parti politik yang bertanding mula berkumpul di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini sejak jam 7.30 pagi berikutan ia menjadi tumpuan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundi di sini. Polis terpaksa memisahkan kedudukan penyokong di sepanjang Jalan Kubang Semang dengan jarak kira-kira 15 meter bagi mengelak kejadian tidak diingini. Penyokong terutama Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersorak serta menyanyikan lagu parti masing-masing dengan mengibarkan bendera parti dan calon masing-masing. Tinjauan Berita Harian mendapati, penyokong turut mengeluarkan kata-kata provokasi dan mencemuh calon, tetapi setakat ini tiada kejadian tidak diingini berlaku. Selain kawalan lalu lintas, polis turut menjalankan pemantauan dari udara membabitkan Unit Udara PDRM. Difahamkan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan sampai membuang undi kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Tiada ulasan: