Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 26 Ogos 2008

P 44 : BEE END MENEKAN PKR MENAHAN

BUKIT MERTAJAM: Seluruh negara tertumpu ke Permatang Pauh hari ini apabila seramai 58,459 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen itu keluar mengundi mulai jam 8 pagi bagi memilih wakil mereka di Dewan Rakyat. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat) dan Hanafi Mamat (Angkatan Keadilan Insan Malaysia). Keputusan pilihan raya umum Mac lalu memihak kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan meraih 30,338 undi, menewaskan pencabarnya, calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang memperoleh 16,950 undi dengan majoriti 13,388. Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan, pecahan kaum keseluruhan di Parlimen Permatang Pauh, yang membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) ialah 40,024 Melayu, 14,490 (Cina), (3,715) India dan lain-lain bangsa (228). Bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini, SPR menetapkan pusat penjumlahan undi ialah di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Mengkuang dan keputusan dijangka diperoleh seawal kira-kira jam 9 malam. Tiga DUN dalam Parlimen terbabit adalah Seberang Jaya yang diwakili Arif Shah sebagai Adun dan mempunyai sembilan daerah mengundi, sembilan di kawasan DUN Permatang Pasir dan 10 di DUN Penanti. Seperti biasa, SPR menetapkan semua pusat pusat mengundi bagi pilihan raya kecil kali ini mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup pada 5 petang. Arif Shah akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya manakala Anwar di SK Seri Penanti. Bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pasukan keselamatan mengerahkan kira-kira 6,000 anggotanya untuk mengawal keadaan sepanjang hari pembuangan undi. Antara pusat mengundi di Seberang Jaya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya, SK Seberang Jaya II Lengkok Tenggiri, SK Permatang Tok Kandu, SMK Pauh Jaya Taman Pauh, SK Seberang Jaya Persiaran Siakap, SK Jalan Baharu, SMK Permatang Rawa dan SMK Tun Hussein Onn. Pusat pengundi Permatang Pasir pula ialah SMK Sama Gagah, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indera Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah dan SJKC Lay Keow Permatang Pauh. Di Penanti ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon Ara Kuda, SK Mengkuang, SJKC Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti, SK Tanah Liat, serta SJKC Jit Sin (A).

Tiada ulasan: