Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 6 Ogos 2008

kita islam warisan atau islam ikut-ikutan ???

assalamualaikum .. salam ukhuwah .. salam persaudaraan
apa kabar semua ?? alhamdulillah
topik hari ini mengenai islam yang ada dalam diri kita. mungkin ada antara sahabat-sahabat yang tertanya-tanya apa perlu kita bincang mengenai perkara ini?? perbincangan ini banyak buang masa ?? sebenarnya ini adalah apa yang berada dalam fikiran saya dan saya luahkan dalam tulisan ini.
Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, tujuan saya bawa topik ini adalah untuk kita sama-sama berfikir disebabkan dewasa kini kita telah banyak didedahkan dengan pelbagai gejala serta jenayah aqidah yang dilakukan khususnya oleh sahabat-sahabat kita yang asalnya beragama islam sama macam kita. Dianggarkan hampir 1 juta yang telah pun menukarkan agamanya dan ada juga yang dalam proses menukar agama. berbeza dengan keadaan di amarika selepas peristiwa 11 september ramai yang memeluk islam dalam jumlah yang ramai. sama juga macam di tempat-tempat yang lain. Mengapakah perkara ini berlaku sedangkan kita sendiri mengatakan bahawa kita ini islam warisan.
bukankah ini satu perkara yang cukup pelik untuk difikirkan. saudara saudari bayangkan mengenai kehidupan kita di Malaysia khususnya. sedari kecil kita telah diajarkan mengenai islam tapi bila dah dewasa lain pulak cara pemikiran kita. mungkin ini disebabkan kelalaian kita sendiri yang terlalu leka dan terbawa bawa dengan arus kemodenan dan juga terlalu mengejar benda yang bakal kita tinggalkan apabila kita dijemput mengadap Allah SWT. Ada antara anak anak bangsa kita khususnya yang berada di sekolah menengah yang dah tingkatan lima tapi masih tergagap-gagap dan tak dapat nak melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. Antara yang saya nak bangkitkan disini ialah dimanakah peranan kita sebagai ibu bapa, sebagai guru dan sebagai salah seorang dari anggota masyarakat nak mengubah dan mengatasi masalah ini.
Apa tindakah kita dan apa perasaan kita bila kita dah masuk ke liang lahad dan dikuburkan, dalam pada itu anak-anak kita yang kita bela sedari kecil lagi tidak mengendahkan kita tapi sibuk 'mengerjakan' dan 'menjirus air kencing' dan benda-benda yang terlarang diatas kubur kita ?? ini sesuatu yang membawa kerugian pada kita. Barang yang lepas perlu dikenang supaya jadi pengajaran pada kita bukan sepertimana yang dinyanyikan oleh biduan agong Allahyarham Tan Sri P.Ramlee " Barang yang Lepas tak usah dikenang"
Pada hemat saya, Cuba kita fikirkan dan muhasabah sejenak dengan apa yang berlaku pada hari ini. moga-moga ianya akan dapat menginsafkan diri kita, keluarga kita dalam membentuk diri kita menjadi seorang muslim dan mukmin yang sejati.

Tiada ulasan: