Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 6 Ogos 2008

BLOGGER ALTERNATIF BAKAL GEGAR MELAKA !!

Semabok : Para Bloggers negeri Melaka sepakat untuk mendedahkan kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin BN khasnya BN Melaka. Cadangan tersebut diberikan oleh Webmaster Tranungkite, Greenboc ketika membentangkan kertas kerja beliau pada Seminar Blogger Melaka di Pejabat Perhubungan PAS Melaka di sini Ahad lalu."Para bloggers mesti lebih rajin dan berani mendedahkan kelemahan, penyelewengan dan kezaliman BN terhadap rakyat, kita juga mesti rajin membuat kajian dan rujukan supaya tulisan kita mempunyai maklumat yang tepat, betul dan terkini"

"Laman-laman blog masing-masing juga mesti sentiasa dikemaskini supaya ianya sentiasa mengikut peredaran masa dan sentiasa sesuai dengan isu-isu terkini samada politik, ekonomi dan sosial" katanya yang juga merupakan Pengendali Radio TKO FM.

Sementara itu seorang Bloggers yang dikenali sebagai Wak Jembal berkata, bloggers negeri Melaka mesti bersatu dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain bagi memastikan ianya dapat disalurkan di dunia blogger yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia sekarang. "Saya cadangkan semua kawasan dan dewan-dewan mempunyai blog masing-masing bagi melaporkan aktiviti dan isu-isu semasa yang berlaku di setiap kawasan maupun cawangan-cawangan" katanya dengan semangat.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Melaka, Zaili Mohamad Imbiah dalam ucapannnya semasa seminar tersebut melahirkan rasa syukur di atas sambutan blogger pada program tersebut. Beliau berharap seminar ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mempertingkat lagi kemahiran para bloggers dari segi teknikal dan juga cara penulisan dan penyampaian mereka.

Dua kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar anjuran Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tersebut iaitu asas penulisan berita yang disampaikan oleh Pemberita Kanan Harakah, Haji Roslan Hamid (LanH) dan Bagaimana 'Membina dan Menguruskan Blog' oleh Greenboc. Antara Bloggers Melaka yang hadir ialah Si lembiks (jasindaily.blogspot.com), Sebol(sebolku.blogspot.com);Assirkami(assirkami.blogspot.com),Mutaligat (mutaligat.blogspot.com), Professor Hamirdin Ithnin (hamirdin.blogspot.com), Kamaruddin Sidek (kbsn26.blogspot.com) dan lain-lain

5 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

join peraduan ke?

ali berkata...

peraduan apa bro ??
selagi tak langgar syarak .. halalan toyyibalah .. boleh jer

Ibnu Mohyeddin berkata...

peraduan apa bro ??
selagi tak langgar syarak .. halalan toyyibalah .. boleh jer

Hasbullah Pit berkata...

ler ko tak tau Aku ada buat Peraduan?

Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas"

Tak ada mempertaruhkan apa-apa.
Cuma buat catatan blog berkenaan tajuk tu.
Lepas tu bagitau catatan blog tu dah siap di ruangan ulasan .

si lembik's berkata...

sebol ada bikin..menang dapat satu juta..aku nak join tapi xpandai...bro sebol, hang ajar kawan n pastu duit tu hang bagi kat kawan...