Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 29 Julai 2008

Program Kerajaan Pakatan Rakyat buka mata masyarakat

KOTA BHARU, 29 Julai (Hrkh) - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memuji Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) kerana berjaya menganjur aktiviti keagamaan kepada kakitanganya setiap minggu. Antara program yang diadakan termasuk qiamulai, kuliah agama dan tazkirah. Ia dikendalikan di bawah Jabatan Pembangunan Islam. Timbalan Setiausaha Unit Perumahan, Perbadanan, Kebombaan Bahagian Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tinakaran Karuppiah berkata, langkah yang dilaksanakan MPKB-BRI amat baik dan perlu diteruskan.

Katanya, program itu ternyata memberi banyak manfaat kepada pegawai dan kakitangan MPKB BRI. Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap di majlis Lawatan Pemeriksaan Penggredan Star Rating terhadap MPKB-BRI bertujuan pemberian atau penentuan bintang di sini, baru-baru ini. Tinakaran yang mengetuai empat pegawai dari kementerian terbabit juga berkata, sebahagian besar syarat yang ditetapkan telah dipenuhi MPKB-BRI. Bagaimanapun katanya, cuma beberapa espek lagi yang perlu dipenuhi MPKB BRI. Beliau juga menyokong penuh pelaksanaan Pelan Induk Kota Bharu Bandar Raya Islam yang dirancang MPKB-BRI bermula 2006 hingga 2015.

Program tersebut termasuk projek Pembangunan Bandar Setelit Islam Pasir Tumboh yang baru dilancar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Niki Mat baru-baru ini. Bandar Setelit Islam Pasir Tumboh akan dilengkap pelbagai kemudahan asas yang bercirikan Islam termasuk masjid, rumah kedai, pasar moden, pusat pengajian pondok moden, hotel buget dan perhentian basi. Pemberian dan penentuan bintang kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) samada bertaraf satu, dua, tiga, empat dan lima bintang diumumkan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting tahun lalu. Selain itu kementerian juga memuji kemudahan yang disediakan MPKB BRI termasuk menubuhkan jawatankuasa penduduk bagi membolehkan penyertaan mereka dalam pelbagai aktiviti.

Tiada ulasan: