Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 29 Julai 2008

MUZAKARAH ... MUQABALAH .. MUQABBALAH

assalamualaikum dan salam perjuangan buat teman-teman yang dirahmati Allah.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk menyatakan rasa syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
Topik yang saya nak ajak bincang ialah mengenai isu yang cukup terhangat dipasaran sekarang ini dalam kancah politik negara. walaupun terkadang kurasakan diriku ini terlalu kerdil untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan tapi ku gagahkan juga diriku ini untuk berhadapan dengan masa depan. Berkenaan dengan tajuk muzakarah yang dicanangkan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional kepada pimpinan PAS. Pada pandangan peribadi dan terpulang pada saudara sama ada mahu menerima atau tidak, saya ingin menyatakan bahawa apa yang yang dicadangkan oleh mereka sebenarnya ada benda yang tersirat dalam benda yang tersurat . dengan kata lain ada udang disebalik mee goreng.
ini kerana saya meneliti dan mengikuti perkembangan ini dari sehari kesehari dan saya dapati sememangnya terdapat muslihat yang sengaja disembunyikan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk melindungi kepentingan politik mereka. Ini jelas dapat kita lihat selepas berakhirnya pasca pilihanraya umum pada 8 mac yang lalu, dimana kerajaan negeri yang dipimpin oleh umno dan barisan nasional lebih daripada 50 tahun tumbang buat kali pertama dinegeri-negeri pantai barat seperti di Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan separuh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mulai saat kejatuhan itu UMNO dan Barisan Nasional mula gelisah dan keluh kesah mengenangkan nasib mereka yang bagai jatuh ditimpa stamroll dan mula berhubung kembali dengan pimpinan PAS untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan hal ehwal orang Melayu.
Saya membayangkan bahawa seolah-olah Majlis Tahkim yang keberapa mungkin bakal berlaku dan saya membayangkan seolah-olah ianya bakal berlaku selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya dibubarkan parti UMNO dan PAS serta dicadangkan untuk menubuhkan satu lagi parti baru bagi orang melayu yang berteraskan kepada Islam. Saya nampak seolah-olah perkara ini macam tidak membawakan apa-apa manfaat jika masing-masing masih berkeras dan tak mustahil PeristiwaTahkim antara Saidina Muawiyah dan Saidina Ali bakal berulang kembali.
Nak muzakarah pun kena check betul betul, dan baru nie tah tukar pulak jadi Muqabalah. pada saya muzakarah dan muqabalah tu sama saja dan kekhuatiran saya disebabkan muqabalah, ditakuti ada diantara ahli bawahan yang tak faham maksud sebenar akhirnya mereka pun bermuqabbalah dengan orang yang dimuqabalahkan.persoalan yang masih lagi bermain dalam fikiran saya ialah mengapa sebelum ini tidak ada yang nak bincang soal orang melayu islam ??kenapa tak ada yang nak jadikan islam sebagai dasar ?? dan kenapa baru sekarang barui nak bincang? adakah sampai kejadian tragedi "karbala" berulang baru nak sedar? Jadi kesimpulan yang saya rasa perlu diambil ialah nak muzakarah kena bagi kefahaman yang jelas.. nak muqabalah pun kena bagi penjelasan juga takut ramai yang muqabbalah. (muqabbalah dalam hal ini = lompat parti) so apa yang berlaku bak kata si Nabil Raja Lawak .. " LU FIKIRLAH SENDIRI".

Tiada ulasan: