Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 12 Julai 2008

Isteri Bekerja Tok Laki Wajib Bayau Zakat

Isteri bekerja wajib tunai zakat

Soalan Zakat:
Adakah seorang isteri yang berkerja wajib menunaikan zakatnya? Atau cukup sekadar suaminya sahaja yang menunaikan zakat.

JAWAPAN:
Zakat adalah tertakluk kepada individu. Suami yang bekerja maka zakat wajib ke atasnya, maka isteri yang bekerja juga wajib zakat ke atasnya. Begitu juga, wang simpanan isteri milik isteri dan wajib dizakatkan, wang simpanan suami milik suami maka wajib dizakatkan.

Ia adalah harta individu. Maka, suami dan isteri hendaklah mengira sendiri, sama ada pendapatan tahunan mereka wajib dizakatkan atau tidak. Sekiranya wajib, maka masing-masing wajib mengeluarkan zakat. Ia berbeza dengan zakat fitrah pada bulan Ramadan, kerana ia dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk semua tanggungannya.



komen :

saper-saper yang belum ganti puasa tu cepat-cepat lah ganti nie dah masuk bulan rejab. bulan 8 dah masuk 1 syaaban 1 september dah masuk 1 ramadhan .. so jangan tangguh lagi

Tiada ulasan: