Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 27 Mac 2008

Amalan membawa ke syurga

Daripada Abu Umamah r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta kamu dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu, nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu”. (riwayat at-Tirmizi)

Keterangan
Dikhususkan amalan dengan perkataan ‘kamu’ agar terdapat kesesuaian antara perkataan yang berkaitan dengan amalan dan perkataan yang berkaitan dengan balasan iaitu ‘syurga Tuhan kamu’.Al-Thibi mengatakan: Hikmah disandarkan perkataan ‘kamu’ ialah:lMemberitahu bahawa amalan-amalan yang mempunyai kaifiat tertentu ini adalah antara ciri-ciri khusus yang dimiliki umat ini. lMenggesa agar bersegera mematuhi perintah dengan perintah yang diberikan.
lMengingatkan bahawa di sebalik penambahan perkataan ini terdapat penambahan ganjaran yang lebih tinggi dan sempurna iaitu syurga.lPerkataan syurga pula disandarkan kepada sifat ketuhanan (Rabb). Ia memberi bayangan maksud tentang kelebihan pemerhatian daripada Tuhan dengan memberi nikmat yang berbeza daripada umat-umat yang lain.

Tiada ulasan: