Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 13 Januari 2007

salam ukhuwah

assalamualaikum .. salam ukhuwah .. salam perpaduan .. salam perjuangan.. salam tahun baru miladi 2007. alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa yang masih lagi memberikan peluang pada kita untuk mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. sebelum amir meneruskan celoteh yang rasanya dah lama tak dilakarkan dalam blog nie .. elok kita sama-sama betulkan niat dan azam kita untuk tahun nie untuk memastikan iman kita,aqidah kita terus terbela dan tidak terpesong dek segala ancaman serta dugaan yang mendatang . tahun baru azam baru .. perjuangan baru medan yang baru.. suasana serba baru .. tapi cuba kita flash back balik azam kita yang dulu dah tercapai ke belum ?? hadaf kita ?? matlamat kita yang lepas?? alhamdulillah ujong tahun lepas azam ana untuk rangkul ijazah sarjana muda syariah islamiah universiti al-azhar dah berjaya .. awal tahun nie ana diterima mengajar di sekolah menengah agama (arab) lughatil arabiah tangkak untuk guru arab. kalau nak dikirakan memang jauh merantau ke negeri orang apakan daya kat melaka sendiri pun dah lebih orang kan ... lebihan guru pulak tu .. apa pun all the best untuk sahabat-sahabat yang berada dimesir yang masih berada dalam kancah peperiksaan dengan cabaran sejuk .. jangan ingat kat sana jer sejuk .. kat sini pun sejuk tau .. siap boleh banjir lagi tu .. buat yang terbaik pastikan kejayaan yang cemerlang tahun ini milik kita. salam sayang.. salam rindu .. salam perjuangan buat semua .. wassalam

Tiada ulasan: