Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 30 Mei 2006

PENANTIAN YANG CUKUP MEMENATKAN..

Tika tamat peperiksaan subjek alquran yang telah lepas, penantian dan cabaran yang kedua bagiku adalah ujian lisan yang bakal berlangsung pada 18 jun ini. rasa tenang dan lega meliputi hati ini setelah berjaya menjawab soalan yang dilampirkan oleh tuan guru pensyarah al-azhar.Tapi perasaan ini tidak lama bila kusedari masih ada ujian lain lagi yang perlu kutempuh selama mana aku masih lagi berada disini. perasaan panik hampir memerangkap diriku tapi aku sedar segala usahaku bukanlah hanya disini sahaja dan setiap pejuang ada ujian mereka tersendiri. jika para pejuang berhadapan dengan pedang serta senjata yang lengkap dan moden, dan tak jauh beza juga dengan diriku yang hanya bersenjatakan pena bagi melakar kejayaan serta kecemerlangan. tapi lakaran ini belum tentu dapat dipastikan lagi selagi mana ujian yang satu lagi ini belum dapat diselesaikan.ujian pertama selesai dan kini tinggal satu ujian lagi yang perlu ku tempuh dan harungi sebaiknya. penantian yang memerlukan kesabaran yang
lebih.Tak tertahan rasa dalam hati ini bila mengenangkan cabaran serta rutin yang tidak pernah sudah.Hanya padaMU ya Allah kuserahkan segala urusanku serta segala usaha yang telah kulaksanakan. kurniakanlah kejayaan serta kecemerlangan dalam peperiksaan sama ada didunia mahupun di akhirat.takkan kuserahkan kelemahan ku ini melainkan setelah aku berusaha sebaiknya. benarlah Firman Allah yang bermaksud" jika ditanya oleh hambaku mengenai diriku katakanlah bahawa aku ini hampir(dengan mereka) .. akhir ayat.Teman doakan daku moga daku tabah dan thabat dalam perjuangan ini. moga kita sama-sama beroleh rahmat serta mauizah dan maunah dari yang Maha Berkuasa.. Ameen..

Tiada ulasan: