Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 13 November 2015

Alahai Harimau Malaya ...

Assalamualaikum ... salam sejahtera untuk semua. 

Rasanya dah lama tak mengomen kat blog usang nie .. al maklum sekarang nie kan dah makin maju masing masing dah tak berapa pandang sangat pasal blog kan .. ramai yang suka tengok FB .. Twitter dan sebagainya.

Hari nie ambe nak mengomen pasal prestasi pasukan Harimau Malaya yang makin hari makin menyakitkan hati dan menyebabkan ramai antara kita terutamanya peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa marah dan gerammm ... 

Mana tak nya setiap perlawanan yang disertai oleh pasukan HM selalu sangat kalah dan membuatkan ramai yang menyampah. 

Disini saya ingin mencadangkan kepada pasukan HM dari segi pengurusan pemain dan sebagainya supaya melakukan perubahan yang drastik. 



1. Pasukan elit 
pasukan elit nie dengan erti kata lain bukan pemain daripada negeri tetapi pemain yang hanya bermain untuk pasukan kebangsaan sahaja dan bukan yang mewakili mana-mana kelab sukan atau persatuan negeri. Rasionalnya ialah pasukan akan lebih tersusun dan mudah untuk dibentuk. Apa gunanya pelajar-pelajar yang belajar di sekolah sukan bukit jalil dan bandar penawar ?? Takkan kita tak boleh serapkan dalam pasukan kebangsaan ? 

2. Prestasi pasukan 
Prestasi pasukan nie dinilai bukan setakat dari segi aksi dipadang sahaja tetapi dari segi aspek latihan dan peribadi. Agak-agak kalau pemain yang jenis tak de etika dan disiplin nie tak payah lah ambik dan buang masa dan buang duit saja taja diorang nie. Sebabnya mereka nie berkhidmat bukan untuk negara tetapi nakkan populariti sahaja. kalau kita tengok prestasi pemain-pemain terdahulu kenapa mereka boleh raih kemenangan dan kejayaan yang gemilang berbanding sekarang ? adakah mereka kejar populariti? itu yang perlu kita tanamkan dalam jiwa para pemain kita. Main untuk negara tapi tak de kesungguhan pun tak de guna. 

3. Semangat kesukanan
Kebanyakan aksi yang ditunjukkan dalam perlawanan yang melibatkan pasukan negara semuanya hambar dan hampeh. Bak kata orang bagaikan melepaskan batuk ditangga. Ini yang menyebabkan ramai ultras dan peminat yang marah.Tm

4. Skill permainan 
Kalau tengok pasukan luar negara kenapa mereka nampak hebat dari segi skill ?? Sebagai contoh yang boleh ambe bawak kat sini ialah budak-budak arab yang jadi pemain hebat pada masa sekarang nie kebanyakan dari mereka belajar bermain bola sepak diatas dataran tar atau atas jalan raya. Berbeza dengan kita yang main atas padang rumput tapi tak de skill. Bayangkan pulak macam ronaldo dan ronaldinho yang pernah jadi kebanggaan satu masa dulu dengan pelbagai skill yang ditunjukkan. Kebanyakan mereka bermain dijalanan dan dataran dan bukan dipadang. 

Rasanya cukup dulu kot. Kalau ada yang terbaca pasal nie tolong sampaikan pada Dato' OKS untuk ambil tindakan .. Adios wassalam .... 

Tiada ulasan: