Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 1 Ogos 2012

Puasa Bukan Sekadar Menahan Lapar

Assalamualaikum .. salam Ramadhan 

Hari ini sudah masuk hari yang ke 13 kita berpuasa dan saya mewakili diri saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua reader muslimin dan muslimat. 

saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan puasa yang kita sedang laksanakan dan bulan yang kita sedang lalui sekarang ini. Ramadhan bulan berpuasa sebagaimana yang kita sedia maklum adalah bulan yang bukan sekadar hanya menahan lapar dan dahaga tetapi merupakan bulan untuk mengekang hawa nafsu kita daripada melakukan dosa dan maksiat. 

Mana tidaknya, dalam bulan lain pasti kita tak kan temui apa yang kita temui dalam bulan puasa atau bulan ramadhan. Berbalik pada makna puasa. Puasa dalam erti kata istilah bahasa membawa maksud menahan atau menegah seseorang itu daripada melakukan sesuatu. Sebagai contoh orang yang sakit jantung yang bakal menjalani pembedahan pasti akan diberikan arahan supaya berpuasa dengan tidak makan atau minum bahkan ada yang sekadar tidak makan tapi minum dan ada juga yang tidak minum tapi makan. 

Tapi berbeza dengan istilah syarak iaitu menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan berniat pada malamnya. Jelas kepada kita bahawa puasa bukan sahaja menahan diri kita dari makan dan minum tetapi juga daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. 

Antara hikmah berpuasa ialah; 
1. Dapat mengawal nafsu kita daripada melakukan maksiat sebagaimana yang disabdakan Baginda Nabi SAW : Wahai orang -orang muda, jika ada diantara kamu yang berupaya untuk menyediakan mahar untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa.

2. Dapat merasai apa yang yang dialami oleh saudara-saudara kita yang kelaparan dan kehausan. Sebagai contoh kita boleh ambil iktibar daripada sahabat-sahabat kita yang dilanda musibah, kemarau panjang, peperangan dan sebagainya. Kadang-kadang kita di Malaysia khususnya terlalu mewah dalam serba serbi berbanding dengan saudara kita yang lain. 

3. menyihatkan tubuh badan. Dengan berpuasa, badan kita akan semakin sihat serta dapat menghindarkan diri daripada penyakit. Sememangnya perlu diketahui disebalik kesedapan sesuatu makanan pasti akan tersimpan disebaliknya penyakit yang kurang dikenali dan diketahui 

Daripada 3 hikmah yang diberikan tadi dapat kita simpulkan bahawa berpuasa sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kita. 

Tiada ulasan: