Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 20 Januari 2009

Dari Serkam ke Lembah Pantai (episod 4-Dugaan )

Hari ini adalah hari yang cukup mencabar bagi diriku selepas mendapat taklifan dan amanah sebagai ketua biro akademik dan dakwah untuk Persatuan DPLI sesi 2009. Banyak yang perlu kufikirkan bersama rakan-rakan bukan untuk membuat program secara besar-besaran tetapi sebagai latihan untuk kami mengendalikan sesuatu persatuan.

Tak cukup dengan itu banyak juga rintangan yang perlu kuhadapi untuk memastikan aku bakal keluar sebagai guru yang ideal serta berketrampilan untuk menghadapi karenah anak-anak murid yang 1001 ragam nanti.

Selepas kuliah pada petang tadi, aku telah menerima beberapa tugasan untuk mencari beberapa buah buku rujukan untuk tujuan rujukan semasa kuliah. Dalam pada sibuk mencari buku , dugaan Allah Ta'ala menimpa diriku hujan turun dengan lebatnya di kawasan Perdana Siswa. Dengan tidak berbaju hujan, kuredah hujan untuk pulang ke kolej tempat tinggalku.

Benarlah janji Allah, kalau Allah sayang seseorang mukmin tu, Allah akan uji untuk tau kuat ke tak kuat. Selepas saja aku melepasi jalan di Palapes, motorku tertusuk dengan pemutar skru yang bersepah dijalan. Pertolongan Allah juga, insiden itu berlaku saat menuruni bukit nak menghala ke koloj kediamanku. Rasanya mungkin ada kesilapan yang telah kulakukan yang tidak kusedari. Iyerlah manusia nie cepat lupa.Apa pun syukur kerana Allah berikan jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini. Alhamdulillah. ...

Tiada ulasan: