Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 13 Oktober 2008

Tersepit punya pasal pun jadi isu ker ??-Malaysiakini

PASIR PUTEH 12 Okt. - Akibat tidak memakai seluar dalam, seorang pelajar lelaki pra sekolah sebuah sekolah di bandar ini telah tersepit hujung kemaluannya semasa menarik zip seluar semasa keluar dari tandas sekolah hari ini.

Pihak sekolah terpaksa mengambil masa hampir sejam bagi membuka kembali 'bahagian' tersepit itu yang bertambah sukar apabila pelajar itu meronta-ronta akibat kesakitan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, beberapa guru lelaki terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk membantu pelajar berkenaan seperti menggunakan gunting bagi memotong zip dan penyepit besi untuk melonggarkan bahagian yang tersepit.

"Kanak-kanak berusia enam tahun itu membuang air kecil di tandas sekolah berkenaan pada waktu rehat tetapi disebabkan tidak memakai seluar dalam sebahagian kulit kemaluan tersepit pada zip seluarnya," kata guru yang bertanggungjawab membuka bahagian tersepit itu, Che Alias Che Deraman.

Beliau berkata, ibu kanak-kanak tersebut telah dipanggil ke sekolah bagi membantu menenangkan anaknya dan memudahkan kerja membantu pelajar tidak bernasib baik itu."Kita memberi cadangan kepada beliau untuk merujuk kes itu ke klinik kesihatan yang berdekatan tetapi tidak dipersetujui oleh ibunya yang terus meminta pihak sekolah menguruskannya," katanya.

Sehubungan itu, Che Alias meminta ibu bapa menasihatkan anak masing-masing supaya memakai seluar dalam bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.
p/s berhati-hati semasa memakai seluar supaya tidak berlaku kejadian diatas yang cukup memalukan

Tiada ulasan: